Anda di sini

Bekas banduan dipenjara, denda ugut bunuh bapa kandung

Advertisement
 

MIRI: Seorang bekas banduan dijatuhi hukuman penjara lima bulan dan denda RM2,500 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan kesalahan mencederakan dan melakukan ugutan bunuh terhadap bapa kandungnya.
    
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuasakan mulai tarikh dia ditangkap pada 31 Mei tahun ini.
    
Sim Eng Huat, 46, dari  Lorong 2 Krokop di sini didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
    
Menurut keterangan kes, tertuduh didapati dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas bapanya, Sim Boon Kiat @ Sim Leng Kui, 71, dengan cara menumbuk bahagian rusuk kiri mangsa.
    
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 1.30 petang, 30 Mei tahun ini di kediaman keluarganya di Lorong 2 Krokop di sini.
    
Selain itu, tertuduh turut menghadapi satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah terhadap Sim Boon Kiat @ Sim Leng Kui, 71, dengan mengugut hendak membunuh bapanya itu.
    
Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada masa dan di tempat yang sama.
    
Terdahulu, pegawai pendakwa Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman memberitahu bahawa kes ini ditetapkan untuk perbicaraan hari ini namun tertuduh berhasrat menukar pengakuannya kepada bersalah.
    
Setelah meneliti semua aspek, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima ke atas tertuduh bagi kesalahan pertama.
    
Manakala bagi kesalahan kedua, tertuduh didenda RM2,500 atau dua bulan penjara.
    
Pendakwaan dilakukan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman di hadapan Majistret Md. Syafique Md. Hilmie manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

  • oleh
  • Advertisement