Anda di sini

Rahimah Majid dilantik Pengerusi LKM

Advertisement
RAHIMAH
RAHIMAH

KOTA KINABALU: Peguam Sabah yang juga aktivis politik dan sosial Rahimah Majid dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (LKM) berkuat kuasa 1 Oktober lalu.

Beliau juga adalah wanita pertama yang dilantik ke jawatan tersebut dalam sejarah LKM, sejak ditubuhkan pada tahun 1988.

Rahimah yang terkenal aktif memperjuangkan dan mempertahankan penduduk pribumi Sabah yang kurang berkemampuan selama ini berkata pihaknya menyampaikan penghargaan terima kasih kepada Menteri Perikatan Nasional (PN) Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, kerana memberikan kepercayaan kepadanya menyelia pembangunan industri koko di Malaysia.

 “Saya akan melakukan yang terbaik untuk membantu meningkatkan pertumbuhan industri koko di Malaysia.  

“Dengan sokongan, bimbingan dan kerjasama erat dari rakan-rakan saya di LKM, saya yakin kita dapat bersama-sama mencapai kesepakatan dalam LKM,”katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Rahimah yang kini juga pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menyedari bahawa dengan permintaan global untuk koko yang semakin meningkat menjanjikan sektor perkebunan koko yang mapan di Malaysia pada masa hadapan.

Katanya buat masa ini kawasan penanaman koko di Malaysia mencapai 5,898 hektar dan dari jumlah itu, 3,309 hektar berada di Sabah, diikuti oleh 1,323 hektar di Sarawak, dan 1,266 hektar di Semenanjung Malaysia.

 “Dengan berlandaskan hala tuju yang tepat, perancangan yang betul dan sokongan yang baik daripada kerajaan, kita boleh membawa sektor perladangan koko ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement