Anda di sini

Perkampungan lama Nimbalai berpotensi jadi lokasi pelancongan unik

Advertisement
 Sebahagian panorama sungai yang belum tercemar berhampiran Kampung Nimbalai di sini.
INDAH: Sebahagian panorama sungai yang belum tercemar berhampiran Kampung Nimbalai di sini.

RANAU: Kawasan perkampungan lama Kampung Nimbalai yang sudah lama ditinggalkan berpotensi dijadikan lokasi pelancongan unik di daerah ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II merangkap Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin berkata perkara itu disebabkan kawasan yang masih tercatat dalam peta daerah Ranau dan menyifatkan kawasan perkampungan lama itu sebagai 'The Lost World Of Nimbalai' menjadi menjadi lubuk habitat pelbagai spesis haiwan seperti payau.

Katanya lokasi yang dianggarkan seluas seribu ekar itu bagaimanapun perlu dijadikan kawasan larangan memburu binatang dan tempat mengambil kayu-kayan bagi menjaga spesis haiwan daripada pupus akibat pemburu haram.

“Saya sarankan Jabatan Perhutanan agar dapat membantu memastikan kawasan ini dipulihara sebaiknya sebagai kawasan habitat Payau bagi membolehkan hidupan ini dan binatang lain berkembang-biak serta tidak pupus untuk generasi akan datang.

“Kita juga bersetuju dan menyokong penuh agar kawasan tersebut dijadikan lokasi pelancongan baharu memandangkan kawasan itu mempunyai daya tarikan yang menarik.

“Tarikan ini termasuklah dua kawasan gua sarang burung dan formasi belahan batu sungai di kedua-dua bahagian kawasan tinggi dengan laluan air sempit serta air terjun menjadikan ia lebih menarik dan sesuai dijadikan lokasi riadah," katanya.

  • oleh
  • Advertisement