Anda di sini

Warga emas berumur 94 tahun terima vaksin di PPV Dewan Masyarakat Ranau

Advertisement
 Lim Moi (duduk kiri) dan Eng Yuk Tsin merakam gambar bersama cucunya, Tang Mui (berdiri kanan) semasa mendapatkan vaksin di PPV Dewan Masyarakat Ranau di sini.
VAKSIN: Lim Moi (duduk kiri) dan Eng Yuk Tsin merakam gambar bersama cucunya, Tang Mui (berdiri kanan) semasa mendapatkan vaksin di PPV Dewan Masyarakat Ranau di sini.

RANAU: Seorang wanita warga emas Lim Moi Yin, 94, dari Kampung Marakau mendahului 93 penerima vaksin dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Ranau di sini.

Lim Moi iaitu anak kedua daripada dua 

beradik datang ke PPV ini bersama anaknya, Eng Yuk Tsin@Thien Nyuk Tsin 64, ditemani dua  cucunya sebagai menunaikan tanggungjawab  menjaga diri sendiri, keluarga dan komuniti agar tidak dijangkiti pandemik COVID-19.

Semasa ditanya rahsia kesihatan sehingga mencapai tahap usia 90-an dan masih cergas tanpa tongkat atau berkerusi roda, Lim Moi memberitahu usia muda dan zaman kanak-kanaknya hanya memakan sayuran hijau yang tidak digoreng dan dibubuh sebarang jenis perisa seperti penambah rasa, kari serta minyak masak.

“Sejak dahulu kami hanya menggunakan sedikit garam dan tidak meletakkan bahan perasa lain dalam makanan,” katanya yang hanya fasih berbahasa Hakka dan penjelasannya  diterjemahkan oleh cucunya, Tang Mui Yee, 39.

Sementara itu, Eng Yuk Tsin mengajak semua penduduk agar mendapatkan vaksin bagi mengekang jangkitan COVID-19 yang sukar dilihat dengan mata kasar.

"Semua penduduk dengan tidak memilih siapa pun masing-masing mempunyai bertanggungjawab untuk mendapatkan vaksin agar bersama-sama berusaha memutuskan rantaian COVID-19 yang masih menular,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement