Anda di sini

SK Kirokot harumkan nama negara, muncul juara pertandingan antarabangsa

Advertisement
 Areha Heavenea Azri dan Jetty Lorrend yang memenangi pertandingan anjuran MIICA.
SYABAS: Areha Heavenea Azri dan Jetty Lorrend yang memenangi pertandingan anjuran MIICA.

RANAU: Sekolah Kebangsaan (SK) Kirokot mencatat sejarah di peringkat antarabangsa selepas johan pertandingan anjuran MIICA (Malaysian Innovation, Invention and Creativity Association).

Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, Majus Munsing berkata sekolah terbabit mewakili Malaysia dalam pertandingan yang diadakan secara maya bersama Turkey sebagai tuan rumah dan beberapa negara lain termasuk Indonesia dan Nigeria.

“Sekolah memilih tajuk pembentangan “Facemask 2.0 - Creating clean environment and reduce waste through recycling” dan kita berbangga kejayaan cemerlang SK Kirokot Ranau di peringkat antarabangsa. 

“Ini membuktikan bahawa kita mampu bersaing, Ranau hebat!,” katanya sambil mengucapkan tahniah kepada peserta iaitu Areha Heavenea Azri dan Jetty Lorrend, yang membentangkan kajian medium bahasa Inggeris dengan cemerlang. 

Katanya situasi pandemik dan norma baharu bahagian pendidikan tidak menghalang SK Kirokot untuk terus menghasilkan kejayaan bermakna ini. 

“Ini sudah pasti akan menyuntik semangat sekolah-sekolah yang lain bukan sahaja di Ranau tetapi di seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Guru Besar SK Kirokot Michael Bahinding, Jurulatih Utama dan Guru Ikon Inovasi Pendidikan Ranau Hallsen Justin, Penolong Kanan KOKUM Konys Berimbun, Yang Dipertua PIBG SK Kirokot serta semua ibubapa yang terlibat. 

Sementara itu, Michael berasa amat bersyukur dengan penyertaan SK Kirokot yang berjaya memasuki peringkat antarabangsa. 

“Ini adalah berkat semua warga pendidik di dalam bidang Inovasi sekolah Ini”, katanya. 

Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam turut mengucapkan tahniah dengan pencapaian cemerlang ini.

  • oleh
  • Advertisement