Anda di sini

PGA rampas rokok seludup bernilai hampir setengah juta ringgit

Advertisement
 Semua rokok yang dirampas dibawa ke IPD Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya.
RAMPASAN: Semua rokok yang dirampas dibawa ke IPD Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya.

LAHAD DATU: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas rokok seludup bernilai hampir setengah juta ringgit di kampung Cina, Jalan Agaseh, di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, pasukan task force Batalion 17 PGA Lahad Datu menerusi Op Kontraban bertindak menyerbu sebuah bengkel dipercayai tempat menyembunyikan rokok seludup di kampung tersebut.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata kejayaan itu dicapai hasil maklumat awam dan risikan serta pemantauan di lokasi.

“Pemerhatian yang dilakukan di kawasan itu mendapati tiada individu berada di dalam bengkel berkenaan.

“Pasukan operasi bertindak menyerbu ke dalam bengkel berkenaan dan menemukan sebanyak 141 plastik hitam disyaki mengandungi rokok seludup,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan plastik itu mengandungi sebanyak 3,090 karton rokok pelbagai jenis.

“Rokok berkenaan dianggarkan bernilai RM474,084 berdasarkan harga pasaran semasa dan dipercayai diseludup masuk dari negara jiran.

“Kita percaya penyeludup menyembunyikan kesemua rokok itu di dalam bengkel berkenaan sebelum dipasarkan bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya.

Abdul Rani berkata, semua rokok yang dirampas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(D) Akta Kastam 1967,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement