Anda di sini

695 kes baharu COVID-19 di Sabah, peningkatan 198

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan kes baharu sebanyak 695 dengan peningkatan sebanyak 198 semalam.

 Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata selepas mencatat angka yang rendah sejak beberapa hari yang lalu, Sabah akhirnya menunjukkan peningkatan kes yang agak tinggi.

“Faktor yang mempengaruhi peningkatan adalah  pertambahan kes baharu yang agak tinggi di beberapa daerah seperti Kota Belud dengan yang bertambah sebanyak 75 kes berbanding hari sebelumnya.

“Ini diikuti Beaufort bertambah 33 kes, Kudat 29 kes, Tenom 23 kes, Pitas 23 kes, Kota Marudu 22 kes, Keningau 19 kes dan Ranau 18 kes.

“Seperti yang dinyatakan diatas, Kota Belud merekodkan kes tertinggi berbanding daerah lain di Sabah dengan 123 kes seterusnya mencatatkan daerah tunggal yang merekodkan kes tiga angka,” katanya.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut, 34 kes berpunca dari saringan bergejala, 30 kes dari saringan kontak rapat dan 53 kes berpunca dari Saringan Tempat Kerja. 

“91 daripada 123 kes di Kota Belud adalah kes yang didaftar lewat dua hari atau lebih setelah keputusan saringan diketahui.

“Ibu negeri mencatatkan penurunan kepada dua angka iaitu Kota Kinabalu penurunan sebanyak 19 kes dan Putatan 19 kes serta Beluran 10 kes,” katanya.

Masidi berkata daripada 695 kes yang dicatat hari ini, 448 kes adalah kes yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu. 

“Kes selebihnya adalah lewat didaftar dua hari atau lebih lama selepas keputusan saringan diketahui. 

“Selain Kota Belud, daerah lain yang mencatatkan kes lewat daftar yang tinggi ialah, Tenom 40, Kota Kinabalu 33, Papar 19, Tawau 18 dan Penampang 15,” katanya.

Menurutnya sebahagian besar kes yang direkodkan adalah bagi kategori satu dan dua dan hanya and empat kes bagi kategori toga diikuti satu kes dalam kategori lima manakala 20 kes lagi masih dalam penilaian pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

Masidi turut mengingatkan masyarakat agar terus kekal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan berikutan faktor yang mempengaruhi perubahan angka setiap hari adalah sikap masyarakat itu sendiri tambahan pula analisis kes harian menunjukkan kes sporadik masih tinggi, hampir 33.7 peratus.

  • oleh
  • Advertisement