Anda di sini

651 KIR Pangsapuri Mutiara Kasih terima bantuan bakul makanan

Advertisement
 Abdul Hakim (kanan) menyampaikan bakul makanan kepada salah seorang penghuni pangsapuri tersebut.
BANTUAN: Abdul Hakim (kanan) menyampaikan bakul makanan kepada salah seorang penghuni pangsapuri tersebut.

LAHAD DATU: Seramai 651 Ketua Isi Rumah (KIR) yang mendiami Pangsapuri Mutiara Kasih menerima bakul makanan daripada kerajaan negeri, di sini kelmarin.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Lahad Datu Abdul Hakim Gulam Hassan berkata bantuan itu bagi memastikan semua rakyat yang terjejas terus mendapat perhatian.

“Tumpuan bantuan makanan kali ini, diagihkan kepada penghuni pangsapuri berkenaan kerana mereka juga turut terjejas susulan pandemik COVID-19.

“Saya bersama Ketua Srikandi Mizma Appehdullah dan Ahli Jawatankuasa Bahagian turun padang mengagihkan sendiri bantuan itu kepada penduduk berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa menyalurkan bantuan seumpama itu kepada semua rakyat tanpa mengira perbezaan ideologi dan fahaman politik.

“Saya menyeru kepada semua penerima bantuan tersebut supaya terus memberikan sokongan kepada kerajaan negeri sekarang yang dipimpim Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

“Sokongan yang padu terhadap Ketua Menteri itu bagi membolehkan sistem politik negeri tidak bergolak dan saluran bantuan dapat dilakukan selalu tanpa ada masalah,” katanya.

Abdul Hakim turut menzahirkan penghargaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sangat menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat ketika menjadi Perdana Menteri ke-8.

“Kebanyakan program bantuan dan perancangan dilakukan sekarang adalah kesinambungan daripada Pelan Pembangunan yang dirancang oleh Muhyiddin sebelum ini.

“Justeru, sebagai Ahli dan pemimpin parti BERSATU di daerah ini akan sentiasa berdiri teguh bersama presiden parti,” katanya.

Terdahulu, dalam program bantuan itu, Abdul Hakim turut mengumumkan sumbangan berupa enam buah kanopi dan kerusi plastik kepada Persatuan Komuniti Pangsapuri Mutiara Kasih.

  • oleh
  • Advertisement