Anda di sini

Pemuda tak mengaku rogol teman wanita

Advertisement
Tertuduh (tengah) diiring polis semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching.
Tertuduh (tengah) diiring polis semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching.

KUCHING: Seorang pemuda berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol teman wanitanya sehingga mangsa melahirkan seorang bayi perempuan. 

Sejurus pengakuan tersebut direkodkan, Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan dan membayar deposit RM2,000.

Tertuduh yang dikategorikan sebagai pesalah muda itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
    
Berdasarkan tuduhan, pemuda itu dituduh merogol seorang remaja berusia 15 tahun antara November 2020 dan Januari 2021, di sebuah kediaman di Kota Padawan di sini. 

Difahamkan, laporan polis dibuat oleh seorang doktor, susulan mangsa melahirkan seorang bayi perempuan milik tertuduh dan mangsa. 
    
Terdahulu, pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk pengurusan kes memandangkan tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut.
    
Hakim Jason Juga seterusnya menetapkan 23 November depan untuk pengurusan kes.
    
Mahkamah turut mengingatkan tertuduh untuk tidak mengganggu mangsa dan ahli keluarga mangsa. 

  • oleh
  • Advertisement