Anda di sini

Lebih 84 tan metrik makanan diagih kepada 38,874 penerima bantuan MAFI prihatin

Advertisement
 

KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 84.61 tan metrik makanan diagihkan kepada kira-kira 38,874 orang di 206 lokasi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, melalui program bantuan MAFI Prihatin kelolaan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sehingga 9 Oktober lepas.

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh bagi Sarawak sahaja, seramai 1,611 orang di 15 lokasi telah menerima manfaat daripada bantuan terbabit yang disalurkan melalui agensinya.

“Bantuan MAFI Prihatin yang kita bawa ini pun semua dalam bentuk makanan yang kita ambil daripada petani-petani di Sarawak untuk kita edarkan,” katanya ketika Majlis Penyerahan Sumbangan MAFI Prihatin kepada Petugas Barisan Hadapan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Samarahan, di sini hari ini.

Bantuan itu diagihkan kepada 210 petugas barisan hadapan berupa cili sebanyak 60 kilogram (kg), labu (150kg), terong (150kg), pisang otel (200kg) dan jagung (1,000 tongkol).

Program MAFI Prihatin adalah inisiatif Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk membantu golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19, di samping menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi pandemik tersebut. - Bernama 

Advertisement