Anda di sini

Kerajaan Sarawak ambil berat kebajikan, keperluan semua agama

Advertisement
John Sikie menyampai cek sumbangan UNIFOR kepada Pastor Maxwell Along selaku mewakili Gereja BEM Pekan Tatau.
John Sikie menyampai cek sumbangan UNIFOR kepada Pastor Maxwell Along selaku mewakili Gereja BEM Pekan Tatau.

TATAU: Kerajan Negeri Sarawak melalui  Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) amat mengambil berat akan kebajikan serta keperluan semua agama yang  dianuti penduduk berbilang kaum di negeri ini, kata Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera), Datuk John Sikie Tayai.

Terbaru katanya, UNIFOR meluluskan peruntukkan sebanyak RM300,000 bagi menaiktaraf dua buah gereja di Daerah Tatau iaitu Gereja Sidang Injil Borneo (BEM) Pekan Tatau dan Gereja Methodist Iban Sungai Muput Kanan yang mana masing-masing menerima RM150, 000.

"Bantuan yang disalurkan ini jelas membuktikan kerajaan amat prihatin akan kebajikan semua pusat ibadat, sekaligus mengekalkan keharmonian beragama di negeri ini," ujarnya semasa berucap dalam acara penyerahan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus bertempat di Pejabat Daerah Tatau, pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan sumbangan cek MRP bernilai RM148, 000 buat 14 jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) dan lapan pesatuan ibu bapa dan guru (PIBG) di kawasan DUN berkenaan.

"Saya menasihatkan PIBG di setiap sekolah yang menerima bantuan MRP ini agar memanfaatkan bantuan yang disalurkan agar menggunakannya bagi membeli cecair sanitasi tangan, pelitup muka dan sebagainya peralatan kesihatan yang diperlukan bagi membendung penularan COVID-19 di sekolah," jelas beliau.

Justeru, beliau menasihatkan pihak pengurusan sekolah memanfaatkan sebaiknya bantuan MRP terbabit bagi mendapatkan peralatan kesihatan bagi membendung penularan pandemik di kawasan sekolah masing-masing.

Dalam perkembangan sama, beliau turut meninjau tapak lokasi cadangan Pusat Kraftangan Daerah Tatau bertempat di Pekan Lama Tatau.

Adalah difahamkan bahawa pusat kraftangan ini nanti akan dijadikan tempat penjualan hasil hasil kraftangan oleh penduduk sekitar Daerah Tatau.

Pegawai Daerah Tatau, Jabang Juntan dan Pemanca Gerosen anak Jubin antara yang hadir.
 

  • oleh
  • Advertisement