Anda di sini

COVID-19: Sarawak rekod 1,055 kes, 12 kematian baharu

Advertisement
 

KUCHING: Sebanyak 1,055 kes baharu jangkitan COVID-19 direkodkan di Sarawak hari ini dengan 97.35 peratus atau 1,027 kes adalah kategori satu dan dua.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan hari ini berkata sementara kategori tiga, empat dan lima merekodkan 28 kes atau 2.65 peratus.

Katanya bagi peratusan daripada jumlah kes baharu itu sebanyak 356 kes atau 33.74 peratus adalah kategori 1 (tiada gejala) sementara 671 kes atau 63.60 peratus peratus adalah kategori dua, manakala tujuh kes atau 0.66 peratus kategori tiga (jangkitan paru-paru), 10 kes atau 0.95  peratus adalah kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan 11 kes atau 1.04 peratus adalah kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).

"Manakala bagi pecahan kes, Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu 288 kes diikuti Miri (218) dan Sibu (117)," katanya.

Manakala daerah lain merekodkan kes harian dibawah 100 kes kecuali satu daerah tiada merekodkan kes baharu iaitu Tebedu.

Jawatankuasa memaklumkan, sebanyak 12 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan di negeri ini dari 4 Oktober hingga 15 Oktober.

Katanya, pada 4, 11 dan 12 Oktober masing-masing satu kematian direkodkan iaitu di Hospital Saratok, Hospital Bintulu dan Hospital Sarikei melibatkan mereka berusia antara 31 hingga 73 tahun.

"Manakala pada 13 Oktober tiga kes kematian direkodkan masing-masing di Hospital Serian, Miri dan Bintulu melibatkan mereka berusia antara 49 tahun hingga 74 tahun.

"Pada 14 Oktober juga tiga kematian direkodkan iaitu di dua di Hospital Sarikei dan satu di Hospital Umum Sarawak melibatkan mereka berusia 74 dan 77 tahun," katanya.

Pada 15 Oktober tiga kematian direkodkan dengan kesemuanya direkodkan di Hospital Umum Sarawak melibatkan mereka berusia 55 hingga 82 tahun.

Kesemua kes kematian mempunyai latar belakang penyakit komorbid.

"Hari ini tiada kluster baharu diisytiharkan sementara tiga lagi kluster ditamatkan.

"Antara kluster ditamatkan, Kluster Lubuk Bukut, Mukah; Kluster Bandar Baru Mukah, Mukah dan Kluster Palut Baram, Telang Usan selepas tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari yang lepas melibatkan kluster ini," katanya.

  • oleh
  • Advertisement