Anda di sini

Sarawak merekodkan 1,009 kes, 12 kematian baharu

Advertisement
 

KUCHING: Sebanyak 1,009 kes baharu jangkitan COVID-19 direkodkan di Sarawak hari ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan berkenaan setakat ini 229,745 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi laporan hari in berkata, daripada kes baharu itu 987 kes atau 97.82 peratus adalah kategori satu dan dua.

Manakala kategori tiga, empat dan lima merekodkan 22 kes atau 2.18 peratus.

Katanya bagi peratusan daripada jumlah kes baharu itu sebanyak 338 kes atau 33.50 peratus adalah kategori 1 (tiada gejala) sementara 649 kes atau 64.32 peratus peratus adalah kategori dua, manakala tiga kes atau 0.30 peratus kategori tiga (jangkitan paru-paru), lima kes atau 0.57  peratus adalah kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan 14 kes atau 1.38 peratus adalah kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).

"Manakala bagi pecahan kes, Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu 267 kes diikuti Miri (192) dan Sibu (108)," katanya.

Manakala daerah lain merekodkan kes harian di bawah 100 kes kecuali empat daerah iaitu Tebedu, Belaga, Marudi dan Telang Usan  tiada merekodkan kes baharu.

Jawatankuasa memaklumkan Sarawak merekodkan 12 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 dari 5 Oktober hingga 13 Oktober 2021.

Katanya pada 5 Oktober dan 10 Oktober kematian direkodkan di Hospital Sarikei dan Hospital Sibu yang yang masing-masing melibatkan mereka berusia 94 dan 60 tahun.

"Pada 11 Oktober tujuh kematian direkodkan iaitu  empat di Hospital Sibu dan masing-masing satu kematian di Hospital Limbang, Simunjan dan Serian melibatkan mereka berusia antara 32 hingga 78 tahun.

"Manakala pada 12 Oktober hanya satu kematian direkodkan di Hospital Kapit melibatkan lelaki berusia 92 tahun,” katanya.

Pada 13 Oktober dua kematian direkodkan di Hospital Umum Sarawak (HUS) melibatkan wanita dan lelaki masing-masing berusia 62 dan 70 tahun.

"Kesemua kes kematian mempunyai latar belakang penyakit komorbid," katanya.

Sementara itu tiada kluster baharu diisytiharkan hari ini dan tiga lagi ditamatkan iaitu Kluster Bijongon, Bau; Kluster Tinwar Keleku, Subis dan Kluster Nanga Sesamak, Selangau selepas tiada kes dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 thari lepas melibatkan kluster ini.

  • oleh
  • Advertisement