Anda di sini

ARMADA BERSATU Putatan sampaikan bantuan kepada 20 pelajar yang melanjutkan pengajian

Advertisement
 Isquzawan (berdiri kanan) menyampaikan sedikit ucapan dan kata-kata semangat kepada para penerima sempena majlis itu.
AMANAT: Isquzawan (berdiri kanan) menyampaikan sedikit ucapan dan kata-kata semangat kepada para penerima sempena majlis itu.



PUTATAN: Seramai 20 pelajar dari sekitar Putatan yang bakal melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta menerima bantuan daripada ARMADA BERSATU Bahagian Putatan yang diadakan di Pejabat BERSATU Bahagian Putatan, baru-baru ini.


Ketuanya, Mohd Isquzawan Israq Arsit berkata, sumbangan yang diberikan itu diharap dapat membantu meringankan beban para ibu bapa terutama semasa tempoh yang sukar lebih-lebih lagi dengan cabaran pandemik ketika ini.


Sumbangan bantuan yang digerakkan itu kata Isquzawan, diharap dapat membantu sedikit sebanyak anak-anak muda Putatan dalam membuat persiapan untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian masing-masing.


"Diharapkan bantuan ini dapat meringankan beban para ibu bapa dan pada masa sama membantu anak-anak muda melakukan persiapan yang berkaitan untuk meneruskan pelajaran.


"Kita doakan agar mereka semua cemerlang dalam bidang masing-masing dan berharap insentif yang diberikan ini akan memberikan mereka suntikan semangat supaya lebih gigih walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, " katanya.

 Isquzawan (kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima (kanan) di majlis itu.
SAMPAIKAN: Isquzawan (kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima (kanan) di majlis itu.


Selain bantuan untuk pelajar melanjutkan pengajian, ARMADA BERSATU Bahagian Putatan turut melaksanakan beberapa program bagi membantu golongan yang memerlukan terutama yang terjejas akibat pandemik COVID-19.


Jelas Isquzawan, beliau serta kepimpinan ARMADA BERSATU Bahagian Putatan dan kepimpinan bahagian akan terus mengerakkan usaha-usaha bagi membantu masyarakat yang memerlukan bagi memastikan tiada pihak yang tercicir mahupun terlepas pandang.
 

  • oleh
  • Advertisement