Anda di sini

Callie lancar pelitup muka pembunuh virus COVID-19

Advertisement
 Callie yang mempunyai keupayaan menghapuskan virus COVID-19 pada permukaan  pelitup muka.
BAHARU: Callie yang mempunyai keupayaan menghapuskan virus COVID-19 pada permukaan pelitup muka.
 Rupa bentuk pelitup muka Callie ya h turut memberi keselesaan kepada pengguna.
SELESA: Rupa bentuk pelitup muka Callie ya h turut memberi keselesaan kepada pengguna.
 Rupa bentuk pelitup muka Callie ya h turut memberi keselesaan kepada pengguna.
SELESA: Rupa bentuk pelitup muka Callie ya h turut memberi keselesaan kepada pengguna.

KOTA KINABALU: Kadar jangkitan pandemik COVID-19 masih berlaku walaupun kadar vaksinasi sudah ditingkatkan bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia.

Untuk perlindungan maksimum, semua penduduk termasuk golongan yang sudah menerima vaksin lengkap perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan memakai pelitup muka setiap masa apabila berada di tempat awam, menjaga jarak fizikal dan mengurangkan pergerakan jika tiada urusan penting bagi mengurangkan penularan.

Dengan wujudnya varian baharu seperti Delta dan Lambda, masyarakat lebih peka dengan penjagaan keselamatan kesihatan diri dan timbulnya kesedaran memilih pelitup muka yang lebih baik.

Pelitup muka berkualiti adalah satu pelaburan bagi kesihatan panjang terutama bagi golongan pekerja yang perlu keluar untuk melakukan  pekerjaan harian.

Keadaan ini membawa kepada inisiatif Callie, pakar pelitup muka berkualiti tinggi dan mempunyai persijilan antarabangsa yang direka khas untuk keselesaan pengguna, melancarkan produk terbaharu yang memberikan perlindungan tinggi dalam keadaan persekitaran yang tidak menentu kini.

Produk terbaharu Callie iaitu Quantum Supreme Beige adalah pelitup muka yang mempunyai keupayaan sterilisasi kendiri yang dilapisi dengan lapisan Quantum Resonance Copper (QR-C). 

Lapisan pada permukaan luar pelitup muka menggunakan Frekuensi Resonance Kuantum yang dipatenkan secara efektif membunuh dan mengoksida patogen seperti virus, bakteria, dan mikro yang melekat pada permukaan pelitup muka.

Pada dasarnya, pelitup muka baharu yang inovatif ini hadir dengan semua kebolehan pelindung dari pelitup muka berkualiti tinggi yang diperkenalkan oleh Callie, dengan kemampuan tambahan membunuh hingga 99,99 peratus patogen SARS-COV-2 dalam satu minit selepas pendedahan.

Ini adalah pencapaian luar biasa dalam perlindungan COVID-19, dengan sifat anti-bau, anti-bakteria, dan anti-virus untuk meningkatkan perlindungan pribadi secara signifikan.

Dengan pemakaian pelitup muka jenis pembedahan konvensional sekalipun, patogen dikesan tetap berada di permukaan pelitup muka setelah terdedah dan jika pengguna menyentuh bagian wajah termasuk menggosok mata atau secara umum menggunakan pelitup muka pada kedudukan tidak tepat maka mereka berisiko dijangkiti.

Dengan masker QR-C-infused Callie, risiko ini dapat dikurangi karena patogen dapat dinyahaktif sebaik mendarat pada permukaan pelitup muka. 

Faktor jangkitan lain adalah apabila pelitup muka tidak dibuang dan dilupuskan dengan kaedah yang betul selepas digunakan dan sebagian besar mikrovirus dilupuskan pada lapisan QR-C, pelitup muka Quantum Supreme Beige Callie mengurangkan kadar jangkitan dari pelitup muka yang dibuang secara berleluasa di tempat tidak sepatutnya.

Inovasi pelitup muka terbaharu dari Callie tersedia dalam dua bentuk iaitu pelitup muka empat lapisan dan respirator KN95. 

Disebabkan peningkatan permintaan untuk perlindungan maksima, Callie Masks boleh didapati di luar Malaysia bahkan secara meluas ke Singapura, Indonesia, dan negara Eropah lain.

Pengarah pelaksana Rentas Health dan pemilik Callie Kelly Teoh berkata keteraediaan produk ini adalah satu kelebihan bagi negara untuk menonjolkan produk keluaran tempatan dalam memberikan kebolehan perlindungan berkualiti tinggi kepada pengguna di persada dunia.

“Pencapaian ini adalah inspirasi daripada mendiang Dr. Wu Lien Teh pakar perubatan kelahiran tempatan yang mewujudkan Wu Mask, pendahulu kepada respirator N95 yang mana hasil dapatan karyanya banyak digunakan dalam memerangi pandemik waktu ini.

“Ini adalah bukti kecerdasan orang Malaysia, hasil inobatif ini berfungsi untuk mencipta  kepercayaan bagi produk Buatan Malaysia yang layak menjadi pusat perhatian pada peringkat global,” katanya.

Untuk perancangan hadapan, pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Callie akan terus memperluas kaedah perlindungan kesihatan inovatif yang menjadi sebahagian dari keperluan penting kehidupan harian termasuk termasuk kit ujian saringan kendiri COVID-19 yang mudah digunakan.

  • oleh
  • Advertisement