Anda di sini

COVID-19: Sarawak rekod 2,825 kes baharu, 14 kematian

Advertisement
 

KUCHING: Jumlah kes harian COVID-19 di Sarawak hari ini meningkat berbanding semalam dengan 2,825 kes baharu dikesan. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata 99.54 peratus atau 2,812 daripada kes baharu ini adalah kategori 1 dan 2. 

Manakala 0.46 peratus atau 13 kes merupakan kategori 3 (4 kes), kategori 4 (4 kes) dan kategori 5 (5 kes). 

“Kuching merekodkan kes harian tertinggi 744 diikuti Sibu (324), Miri (319), Bintulu (235), Sri Aman (146), Serian (126), Subis (89), Samarahan (81), Saratok (73), Betong (66), Pusa (63), Asajaya (59), Bau (58), Limbang (47), Kapit (46), Lundu (43) dan Sarikei (42). 

“Lain-lain kes dikesan di Lubok Antu (42), Mukah (32), Meradong (30), Simunjan (26), Pakan (24), Kanowit (20), Marudi (17), Lawas (16), Matu (12), Song (10), Tebedu (8), Belaga (6), Julau (6), Beluru (5), Selangau (3), Telang Usan (3), Tatau (2) dan Dalat (2) menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri ini kini sebanyak 193,434 kes,” katanya. 

JPBNS turut memaklumkan terdapat 14 kematian akibat COVID-19 dilaporkan di Sarawak. 

Satu daripada kes kematian ini katanya dilaporkan pada 14 September melibatkan perempuan berumur 70 tahun dari Serian.

Manakala dua kematian dilaporkan pada 16 September melibatkan lelaki dari Sibu berumur 66 tahun dan perempuan dari Serian berumur 63 tahun. 

“Tiga kematian dilaporkan pada 19 September melibatkan seorang lelaki dan perempuan dari Kuching masing-masing berumur 85 dan 57 tahun dan seorang lelaki dari Betong berumur 70 tahun. 

“Dua kematian dilaporkan pada 21 September melibatkan lelaki dari Kuching masing-masing berumur 86 dan 74 tahun. 

“Manakala lima kematian dilaporkan pada 22 September, dua di Kuching dan masing-masing satu di Betong, Sri Aman dan Sibu dan satu kematian pada 23 September melibatkan perempuan berumur 70 tahun dari Bintulu,” katanya. 

Mengenai laporan notis kompaun, polis mengeluarkan 42 kompaun hari ini di Kuching (38), Miri (3) dan Padawan (1) menjadikan jumlah kompaun dikeluarkan setakat ini sebanyak 11,055. 

Manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan mengeluarkan tiga kompaun di bawah seliaan Majlis Daerah Bau atas kesalahan buku daftar tidak lengkap. 

  • oleh
  • Advertisement