Anda di sini

1,005 KIR rakyat Sabah di Kuala Lumpur, Selangor terima bantuan

Advertisement
ADZMI
ADZMI

KOTA KINABALU: Kehidupan rakyat Sabah yang terjejas akibat pandemik COVID-19 di Kuala Lumpur dan Selangor mendapat perhatian apabila sebanyak 1,005 bantuan makanan disalurkan kepada mereka.

Pengerusi Pertubuhan Kinabalu Bersatu (PKB) Adzmi KK Juatan berkata, pihaknya berterima kasih kepada kerajaan negeri khususnya Ketua Menteri atas keprihatinan untuk meluluskan sejumlah bantuan makanan kepada rakyat Sabah yang kehilangan sumber pekerjaan di sana.

Katanya, kesemua bakul makanan itu sudah mula diedarkan kepada para penerima sejak awal bulan September secara berperingkat.

"Kesemua penerima adalah ahli PKB yang dikenal pasti layak menerima bantuan makanan itu.

"Kesemua penerima adalah Ketua Isi Rumah (KIR) rakyat Sabah yang menetap di Kuala Lumpur, Selangor termasuk Lembah Klang," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

 Pegawai Perhubungan PKB Selangor Arsad Jainal (kanan) menyerahkan bantuan kepada penerima di Lembah Klang
SERAH: Pegawai Perhubungan PKB Selangor Arsad Jainal (kanan) menyerahkan bantuan kepada penerima di Lembah Klang

Beliau berkata, terdapat penerima adalah pekerja sambilan bagi menjana pendapatan untuk membayar sewa rumah atau bilik.

Katanya, PKB akan memohon bantuan seumpamanya daripada kerajaan negeri bagi membantu rakyat Sabah di Semenanjung Malaysia.

"Saya yakin permohonan ini akan diluluskan kerana ia khusus bagi meringankan beban rakyat Sabah di Semenanjung Malaysia," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement