Anda di sini

Cuckoo menjemput pemain badminton negara, artis, dan petugas-petugas barisan hadapan untuk melakarkan harapan dan gambaran Malaysia mereka dalam masa 10 tahun akan datang

Advertisement
Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan baru-baru ini dan Hari Malaysia yang yang disambut kelak, CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd telah melancarkan sebuah video perayaan berjudul “Masa Depan Kita, Juang #SAMASAMA”. Video ini menampilkan 12 individu daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd, Encik Hoe Kian Choon (KC Hoe) [barisan atas, ketiga dari kiri] dan Duta CUCKOO, Dato’ Sri Siti Nurhaliza (barisan atas, keempat dari kiri
Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan baru-baru ini dan Hari Malaysia yang yang disambut kelak, CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd telah melancarkan sebuah video perayaan berjudul “Masa Depan Kita, Juang #SAMASAMA”. Video ini menampilkan 12 individu daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd, Encik Hoe Kian Choon (KC Hoe) [barisan atas, ketiga dari kiri] dan Duta CUCKOO, Dato’ Sri Siti Nurhaliza (barisan atas, keempat dari kiri

Kuala Lumpur, 1 September 2021 – Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan baru-baru ini dan Hari Malaysia yang yang disambut kelak pada 16hb September, CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO International (MAL)) telah melancarkan sebuah video perayaan untuk mengajak semua rakyat Malaysia kekal berharapan dan optimisme terhadap masa depan Negara tercinta.

Berjudul “Masa Depan Kita, Juang #SAMASAMA”, video ini menampilkan 12 individu daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk melakarkan harapan dan gambaran mereka untuk Malaysia pada 10 tahun akan datang. Antara individu-individu yang terlibat dalam penggambaran video ini adalah Pemenang Pingat Gangsa Beregu Badminton Lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron-Wooi Yik; Pemenang Pingat Perak Badminton Sukan Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon; pelakon, Janna Nick; Duta CUCKOO, Dato’ Sri Siti Nurhaliza; serta dua orang petugas barisan depan yang juga terlibat dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Membawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Wuhan China, Itali, Indonesia & India.

“Tarikh 31 Ogos dan 16 September merupakan antara hari yang paling bermakna bagi Malaysia kerana ia merupakan tarikh kita meraihkan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Setiap tahun, kedua-dua hari yang bersimbolik ini diraih untuk melambangkan kemerdekaan dan penubuhan Negara serta kejayaan kita sebagai sebuah Negara. Selain daripada kebiasaan untuk meraihkan kejayaan lepas, tahun ini, CUCKOO ingin berkongsikan perspektif baharu bagi perspektif baharu bagi kedua-dua perayaan ini, iaitu untuk melihat kepada masa hadapan yang lebih cerah – bebas atau Merdeka daripada wabak COVID-19.

Malaysia adalah tanah air dan ‘rumah’ kita. Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya sentiasa berharap bahawa Malaysia akan selalu kekal aman dan harmoni, lebih bahagia dan sihat. Namun begitu, sejak penularan wabak COVID-19 tahun lepas,Malaysia dipenuhi dengan sentimen negatif. Dengan video ini, kami berharap dapat mengajak rakyat Malaysia untuk melihat kepada masa depan dan kekal berpositif untuk masa depan yang lebih cerah. Kami juga ingin mengingati semua akan semangat Malaysia kita yang tidak senang untuk berputus asa, dan Juang #SAMASAMA mengatasi semua cabaran untuk masa depan kita," kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International (MAL), Encik Hoe Kian Choon (KC Hoe).

Walaupun berhadapan dengan pelbagai kesulitan dan mengikuti SOPs yang ditertera MKN, video ini berjaya dihasilkan dalam masa yang singkat, iaitu dalam masa 2 minggu, dan dilancarkan secara digital. Video ini telah direkodkan sendiri oleh individu – individu yang terbabit dan menghantarkan rakaman klip kepada krew produksi untuk menghasilkan video ini.


Setiap individu yang terlibat dalam penggambaran video ini mempunyai harapan ataupun gambaran Malaysia dalam masa 10 tahun hadapan tersendiri. Bagi pemain-pemain Badminton Negara, mereka berharap dapat memenangi pingat emas pertama Malaysia dalam sukan Olimpik; bagi petugas barisan hadapan, mereka berharap Malaysia akan berjaya menangani wabak COVID-19; ada juga yang berharap bahawa kita tidak perlu lagi berpisah kerana wabak COVID-19. 

Walaupun setiap individu mempunyai gambaran Malaysia dalam masa 10 tahun hadapan tersendiri, mesej harapan dan positif adalah tetap sepanjang video ini. Kesemua-semua individu yang terlibat berharap bahawa Malaysia akan sentiasa kekal aman dan harmoni, Rakyat Malaysia akan menjadi lebih sihat dan gembira tanpa sebarang kerisauan.

“Bagi CUCKOO, kami berharap bahawa kami boleh terus membantu lebih ramai mempunyai kediaman dan kehidupan yang lebih sihat dan gembira menerusi solusi ataupun produk dan servis kami. Dan dalam masa 10 tahun akan datang, kami berharap dapat membina bukan sahaja satu, tetapi banyak kediaman dan kehidupan yang lebih sihat dan gembira untuk membentuk sebuah Malaysia yang lebih sihat dan bahagia, ” jelas En Hoe (KC Hoe).

Video ini dihasilkan atas kerjasama bersama filem ‘Juang’. Filem ini merupakan projek filem pertama negara yang akan dihasilkan oleh beberapa pengarah filem dan artis terkenal untuk berkongsikan kejayaan Malaysia dalam menangani wabak COVID-19. Filem ini juga dihasilkan untuk memperingati jasa pertugas barisan hadapan Malaysia. Antara individu daripada filem ‘Juang’ yang menyertai dalam penggambaran video CUCKOO ini adalah, pelakon-pelakon seperti Janna Nick dan Jack Lim, krew produksi, Radzmi Riko and Jururawat Terlatih Hospital Sg. Buloh, Misi Bantuan Kemanusiaan Membawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Wuhan China, Itali, Indonesia & India, Vasanthan A/L Raja Mogan.

Video CUCKOO berjudul “Masa Depan Kita, Juang #SAMASAMA” ini boleh disaksikan di halaman Facebook rasmi CUCKOO di @CUCKOOInternational. Rakyat Malaysia juga digalakkan untuk berkongsikan mesej – mesej positif untuk Malaysia, terutamanya kepada frontliners kita (petugas barisan hadapan) di ruangan komen video tersebut bagi menyebarkan sentimen positif dan menggalakkan lebih ramai untuk bertabah dan berharapan untuk masa depan yang lebih cerah – bebas daripada wabak COVID-19.

Individu-Individu Yang Terlibat Dalam Video

  1. Mr Hoe Kian Choon (KC Hoe)
    Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd
  2. Dato’ Sri Siti Nurhaliza
    Duta CUCKOO
  3. Aaron Chia
    Pemenang Pingat Gangsa Beregu Lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 / Pemain Beregu Badminton
  4. Soh Wooi Yik
    Pemenang Pingat Gangsa Beregu Lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 / Pemain Beregu Badminton
  5. Chan Peng Soon 
    Pemenang Pingat Perak Sukan Olimpik Rio 2016 / Pemain Badminton Profesional Negara
  6. Janna Nick 
    Pelakon
  7. Jack Lim 
    Pelakon & Pengacara radio 
  8. Vasanthan A/L Raja Mogan 
    Jururawat Terlatih Hospital Sg. Buloh (terlibat dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Membawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Wuhan China, Itali, Indonesia & India)
  9. PBK II (KUP) Nurul Azman Bin Muhammadan
    Pengendali Jentera Bomba Balai Bomba Dan Penyelamat Kapar Zon 3 Klang Unit Kecemasan (terlibat dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Membawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Wuhan China, Itali, Indonesia & India)
  10. Radzmi Riko 
    Krew Filem Juang
  11. Aljeffri Sherry (Rakyat Malaysia)
  12. Said Faleeq (Rakyat Malaysia – Budak kecil)

Mengenai CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd

Di CUCKOO International (MAL), kami memberi tumpuan untuk menyediakan penyelesaian sehenti buat kediaman rakyat Malaysia sebagai sebuah Healthy Home Creator (Pencipta Rumah Sihat). Perjalanan kami bermula pada bulan Oktober 2014, dengan pengenalan CUCKOO, jenama alat peralatan rumah terkenal dari Korea Selatan, ke pasaran tempatan. Sejak itu, CUCKOO International telah berkembang menjadi sebuah Healthy Home Creator (Pencipta Rumah Sihat) yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti kehidupan melalui produk dan perkhidmatan Beyond Standards.

Sebagai Healthy Home Creator (Pencipta Rumah Sihat), CUCKOO International disokong oleh 3 jenama yang merangkumi 4 aspek atau tonggak kediaman sihat, termasuk tonggak yang baru diperkenalkan – Tonggak Kehidupan­ Sihat.

  • Jenama CUCKOO akan memberi fokus kepada 2 tonggak Kediaman Sihat:
    • Tonggak Peralatan Rumah yang menyediakan peralatan rumah seperti Penapis Air, Penapis Air Luar Kediaman, Penapis Udara, Hob Induksi dan Peralatan Dapur;
    • Tonggak Kehidupan Sihat, iaitu tonggak yang baru diperkenalkan untuk menyediakan peralatan rumah yang dikembangkan menggunakan kepakaran tempatan;
  • Jenama WonderLab memberi fokus kepada Tonggak Penjagaan Kecantikkan dengan usaha untuk menggabungkan kesihatan dan kesejahteraan dalam rutin penjagaan kecantikan harian seseorang demi mengubah gaya hidup seseorang untuk menjadi lebih baik melalui jenama-jenamanya iaitu Haruharu, WELL NATURE dan WonderDewi; dan, 
  • Jenama WonderKlean yang memberi fokus kepada Tonggak Servis Pembersihan Kediaman yang membekalkan servis-servis penjagaan dan pembersihan rumah seperti servis pembasmian kuman dan virus, servis pembersihan mesin basuh, servis pembersihan peralatan dapur dan servis pembersihan tilam.

Keempat-empat tonggak dan jenama ini akan terus berkembang dan mempelbagaikan lagi produk dan servisnya bagi membawa penyelesaian kediaman yang lebih sihat dan holistik.

Sehingga Ogos 2021, CUCKOO International (MAL) telah mempunyai lebih daripada 1 juta pelanggan dan telah membuka lebih daripada 600 cawangan termasuk Brandstores, Brandkiosks dan Wonder Stores di seluruh negara. Pada tahun 2020, syarikat CUCKOO International, dengan jenama CUCKOO, WonderLab dan WonderKlean, telah memecah rekod pendapatannya sekali lagi dengan pendapatan yang paling tinggi dalam sejarahnya iaitu lebih daripada RM1 bilion. 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai CUCKOO International (MAL), sila hubungi talian perkhidmatan CUCKOO International di 1800 88 8181 atau lawati laman web atau halaman media sosial berikut:

  • CUCKOO, jenama peralatan rumah dan kehidupan sihat: cuckoo.com.my (laman web), @CUCKOOInternational (halaman Facebook rasmi), @cuckoo_official (halaman Instagram rasmi)
  • WonderLab, jenama penjagaan kecantikkan: wonderlab.com.my (laman web), @WonderLabOfficial (halaman Facebook dan Instagram rasmi)
  • WonderKlean, jenama servis pembersihan kediaman: wonderklean.com.my (laman web), @wonderkleanofficial (halaman Facebook dan Instagram rasmi)
Advertisement