Anda di sini

Rasuah RM5,000: Pegawai agensi kerajaan direman 7 hari bantu siasatan

Advertisement
 

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor memperoleh perintah reman tujuh hari mulai hari ini, terhadap seorang pegawai sebuah agensi kerajaan bagi membantu siasatan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM5,000 daripada sebuah syarikat pengiklanan.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 44 tahun itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Saidatul Akmar Suberi di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini. 

Sumber SPRM memberitahu perbuatan itu dipercayai dilakukan suspek sejak 2017 hingga tahun lepas sebagai balasan untuk membantu syarikat terbabit mendapatkan projek pembekalan pelekat kepada agensi berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009. - BERNAMA
 

Advertisement