Anda di sini

Penganggur didakwa edar 6.4 kilogram syabu

Advertisement
Mahkamah menetapkan kes bagi tertuduh (tengah) disebut semula 27 September.
Mahkamah menetapkan kes bagi tertuduh (tengah) disebut semula 27 September.

KUCHING: Seorang penganggur lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar 6.4 kilogram dadah jenis syabu.

Tertuduh Zaki Haziq Bahron, 25, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali. 

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan mahkamah menetapkan 27 September depan untuk serahan laporan kimia. 

Tertuduh tidak ditawarkan jaminan dan diperintahkan supaya ditahan lanjut sementara menunggu tarikh tersebut.

Mengikut pertuduhan, lelaki tersebut didakwa mengedar 6.4 kilogram syabu pada 15 Ogos lalu, jam lebih kurang 1.30 petang di dalam sebuah kereta diletakkan di tepi Jalan Hup Kee, di sini. 

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Adzmei Ahmad.
 

  • oleh
  • Advertisement