Anda di sini

Lori milik APM terbakar di Jalan Ranau-Kundasang

Advertisement
 Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran lori di Jalan Ranau- Kundasang di sini.
PADAM: Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran lori di Jalan Ranau- Kundasang di sini.

RANAU: Tindakan pantas pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau berjaya menyelamatkan sebuah lori daripada musnah terbakar di Jalan Ranau-Kundasang di sini kelmarin.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mastin Suli berkata sebaik menerima panggilan kecemasan jam 8.20 malam, 10 pegawai serta anggota digegaskan ke lokasi sejauh lima kilometer itu.

“Kebakaran membabitkan sebuah lori milik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera dan operasi dapat dikawal 8.38 malam.

“Kebakaran menjejaskan 75 peratus pada kenderaan itu bagaimanapun tiada mangsa dalam kes ini,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan jam 9.39 malam.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, sebuah rumah di Kampung Limpayau Membakut turut musnah terbakar jam 12.11 tengah malam kelmarin.

Komander Operasi PBKII Ag. Azlan berkata lima pegawai serta anggota dari BBP Kimanis bergegas ke lokasi bagi melaksanakan operasi pemadaman dan kebakaran berjaya dikawal jam 12.52 tengah malam.

Katanya tiada kecederaan serta kematian dalam kes ini manakala punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

  • oleh
  • Advertisement