Anda di sini

Jumlah terkini kes COVID-19 di Asia Tenggara

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Berikut adalah maklumat terkini mengenai COVID-19 di Malaysia dan negara di Asia Tenggara setakat 6 petang semalam.

Data disediakan Pusat Sains dan Kejuruteraan Sistem (CSSE) di Universiti John Hopkins dan beberapa negara di rantau ini.

Jakarta, Indonesia, kini diklasifikasikan sebagai zon hijau COVID-19, hasil daripada berkat imuniti kelompok yang dicapai dan penurunan jumlah kes baharu, lapor Agensi Berita Antara pada Ahad memetik Timbalan Gabenor Jakarta Ahmad Riza Patria.

Ahmad Riza bagaimanapun mengingatkan penduduk sentiasa berdisiplin serta mematuhi protokol kesihatan.

Lebih 1,000 orang dijangkiti varian Delta di Kemboja, dengan jumlah terbesar di Phnom Penh, lapor Khmer Times. 

Jadual di bawah menunjukkan status beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia setakat 6 petang ketika pandemik COVID-19 sedang menular dan program vaksinasi rancak dilaksanakan. Angka 0 menunjukkan tiada kemas kini.

 

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil kekal negara teratas dengan jumlah kes positif dan korban tertinggi.

Namun, terdapat banyak negara lain melaporkan penurunan kes jangkitan dan kematian seiring peningkatan jumlah vaksinasi.  - Bernama 

Advertisement