Anda di sini

Penerima vaksin terima sumbangan roti dan susu

Advertisement
 Japli (dua kanan) menerima sumbangan roti daripada pihak KTC.
SUMBANGAN: Japli (dua kanan) menerima sumbangan roti daripada pihak KTC.

RANAU: Beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di daerah ini menerima sumbangan makanan roti dan susu daripada syarikat Kim Teck Cheong  Consolidated (KTC) Sdn. Bhd.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, syarikat berkenaan tidak pernah putus untuk menghulurkan sumbangan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat setempat.

Pihaknya menyambut baik setiap sumbangan yang disampaikan oleh mana-mana pihak yang bermurah hati untuk membantu. 

"KTC memberikan sumbangan sebanyak 1,200 roti dan susu kotak kepada penerima vaksin di PPV yang terlibat untuk dijadikan alas perut selepas menerima suntikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut berkesempatan merakamkan penghargaan atas usaha yang dibuat syarikat itu khususnya kepada Ketua Pegarah Eksekutif KTC Dexter Lau.

Joachim berkata, sumbangan roti dan susu berkenaan akan diagihkan ke PPV di Kampung Kaingaran, Timbua, Perancangan, dan Klinik Kesihatan Kundasang di sini. 

Pengagihan sumbangan itu diketuai oleh Setiausaha Sulit kepada Timbalan Ketua Menteri Japli Sami dengan bantuan kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) serta Pejabat ADUN Kundasang. 
 

  • oleh
  • Advertisement