Anda di sini

836 kes COVID-19, dua kematian di Sarawak 

Advertisement
 

KUCHING: Kes harian COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 836 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kini 82,753.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, daerah Kuching merekodkan jangkitan harian tertinggi dengan 458 kes diikuti Serian (131), Samarahan (56), Asajaya (21), Dalat (21) dan Sibu (20).

Lain-lain kes dikesan di Simunjan (19), Bintulu (14), Beluru (14), Miri (13), Kapit (13), Sri Aman (11), Mukah (9), Bau ( 8), Lundu (6), Tebedu (4), Selangau (4), Saratok (3), Kabong (3), Betong (2), Sarikei (2), Pakan (1), Tatau (1), Subis (1) dan Sebauh (1).

“Daripada kes baharu dilaporkan hari ini, 290 kes melibatkan individu yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif COVID-19 dan 413 kes merupakan individu dalam kluster aktif sedia ada. Manakala 36 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan, 93 kes lain-lain saringan di fasiliti kesihatan dan empat kes Import B,” katanya dalam kenyataan.

JPBNS menambah 710 daripada 836 kes baharu dilaporkan di Sarawak hari ini tidak bergejala manakala 126 kes bergejala.

710 kes adalah kategori 1 (tiada gejala) dan 126 adalah kategori 2 (gejala ringan).

Sementara itu, Jawatankuasa memaklumkan dua lagi kes kematian dilaporkan di Sarawak menjadikan jumlah kematian kini seramai 473 orang. 

Kematian itu melibatkan dua lelaki tempatan berumur 78 dan 61 tahun yang dilaporkan meninggal di Hospital Umum Sarawak.

“Hari ini juga terdapat 563 kes pulih dan dibenar manakala sebanyak 7,474 kes masih aktif dan mendapat rawatan serta diasingkan di wad hospital serta pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah COVID-19 di negeri ini,” ujarnya.

Mengenai kawasan jangkitan COVID-19, JPBNS berkata, daerah Dalat telah bertukar ke status Merah daripada Jingga setelah merekodkan 51 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lalu.

“Ini menjadikan daerah berstatus Merah sebanyak 19 manakala empat (Jingga) , 12 (Kuning) dan lima (Hijau),” katanya.

  • oleh
  • Advertisement