Anda di sini

Sarawak rekod 552 kes COVID-19, tiada kematian 

Advertisement
 

KUCHING: Sarawak merekodkan 552 kes baharu COVID-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri ini kini sebanyak 78,763 kes. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata Kuching merekodkan kes harian tertinggi 270 kes diikuti Serian (105), Sri Aman (45) dan Samarahan (28). 

Lain-lain kes dikesan di Subis (17), Simunjan (17), Lundu (15), Sibu (15), Kabong (7), Bau (7), Bintulu (6), Julau (5), Tatau (3), Dalat (3), Miri (2), Kanowit (2) dan masing-masing satu kes di Mukah, Kapit, Sarikei, Selangau dan Beluru. 

“Daripada 552 kes baharu yang dilaporkan, 305 kes melibatkan individu yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif COVID-19 manakala 117 kes melibatkan individu dalam kluster aktif sedia ada. 

“Manakala 33 kes lagi merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan, 94 kes lain-lain saringan di fasiliti kesihatan dan tiga kes Import B individu balik dari Kuala Lumpur (2) dan Kedah (1),” katanya. 

JPBNS turut memaklumkan tiada kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kekal 464 orang. 

Manakala terdapat 189 kes pulih dan dibenar discaj menjadikan jumlah keseluruhan kes yang telah pulih dan dibenar discaj di Sarawak kini seramai 71,679 orang. 

Jumlah kes masih aktif dan mendapat rawatan serta diasingkan di wad hospital dan pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah COVID-19 adalah seramai 6,441 orang. 

Dalam pada itu, daerah Sri Aman telah bertukar ke status merah daripada kuning setelah merekodkan 56 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas. 

Manakala daerah Julau telah bertukar status ke kuning daripada hijau setelah merekodkan lima kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas. 

Jumlah daerah berstatus merah kini sebanyak 18 daerah, lapan daerah berstatus jingga, sembilan daerah berstatus kuning dan lima daerah berstatus hijau. 

  • oleh
  • Advertisement