Anda di sini

Derma darah tanggungjawab bersama

Advertisement
 Antara yang hadir melaksanakan tanggungjawan amal
BERJAYA: Antara yang hadir melaksanakan tanggungjawan amal

KOTA KINABALU: Holiday Inn Express Kota Kinabalu City Centre bersama-sama dengan Hospital Queen Elizabeth II berjaya menganjurkan kempen derma darah pada 30 dan 31 Julai 2021.

Dalam tempoh kempen berkenaan, ramai pengunjung telah hadir untuk menjalankan tanggungjawab murni. 

Pengurus Besar Kluster hotel berkenaan, Najeeb Kurungottu berkata kempen diadakan itu sangat penting untuk mengisi bekalan darah di hospital khususnya ketika tempoh pandemik COVID-19.

"Dalam melaksanakan program amal ini, semua langkah keselamatan telah diamalkan bagi memastikan kempen ini berjalan dengan lancar serta selamat untuk semua.

"Kami sangat berterima kasih kepada orang-orang awam yang telah hadir menyokong kempen ini seterusnya mencapai kejayaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, sebagai sebuah hotel IHG yang bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan, pihaknya sentiasa mengambil berat kebajikan komuniti tempatan.

"Hotel ini juga telah aktif mengadakan kempen amal secara kecil-kecilan sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan usaha itu akan diteruskan," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement