Anda di sini

Kinabalu Pink Ribbon agih bakul makanan kepada pesakit kanser payudara

Advertisement
 Christy (tengah) ketika menerima sumbangan daripada Fung (kanan).
SUMBANGAN: Christy (tengah) ketika menerima sumbangan daripada Fung (kanan).

TAWAU: Persatuan Sokongan Kanser Payudara Kinabalu (Kinabalu Pink Ribbon) Tawau menjalankan misi agihan bantuan bakul makanan kepada pesakit kanser payudara di sini.

Pengerusinya, Christy Fe Salazar berkata pihaknya mendapat sebanyak 20 pek bantuan bakul makanan tersebut daripada masyarakat yang prihatin iaitu Fung Hon Yi.

“Bantuan itu merupakan kali pertama dilakukan oleh persatuan semasa pandemik COVID-19 menular di negara kita.

“Kami menyedari pesakit kanser payudara adalah mereka yang paling terjejas kerana bukan sahaja cuba melawan penyakit yang dihidapi, malah terpaksa bergelut dengan situasi sekarang,” katanya.

Tambahnya, kehidupan pesakit kanser payudara semakin sukar ketika ini kerana perlu melalui kesukaran untuk menjalani rawatan terutamanya mereka yang tinggal jauh.

“Pesakit yang di luar daerah Tawau pasti sangat terkesan untuk membuat rawatan di Hospital Tawau kerana sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) orang ramai tidak boleh merentas daerah.

“Selain itu, bagi pihak persatuan juga tidak dapat ke Hospital atau ke rumah pesakit untuk memberikan kaunseling seperti kebiasaanya,” katanya.

Menurut Christy pihaknya berharap dengan adanya bantuan bakul makanan ini akan dapat meringankan lagi beban yang ditanggung oleh pesakit.

“Kami sangat bersyukur kerana para penyumbang banyak membantu kami untuk bersama-sama meringankan bebanan semua pesakit kanser payudara di sini.

“Pihak persatuan juga ingin memberitahu kepada semua pesakit kanser payudara bahawa mereka tidak bersendirian seperti dalam mesej perjuangan kami iaitu 'You are Not Alone',” katanya.

  • oleh
  • Advertisement