Anda di sini

FMM Sabah perluas PIKAS MITI ke Tawau

Advertisement
JAMES
JAMES

KOTA KINABALU: Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Sabah dengan sokongan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang melaksanakan pengumpulan data dalam usaha memperluaskan Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) di Tawau tidak lama lagi.

Pengerusi FMM Sabah James Ha berkata, usaha itu dilanjutkan selepas PIKAS MITI pertama yang diadakan di Sabah International Convention Center (SICC) mendapat sambutan luar biasa daripada pihak industri.

Menurutnya, FMM Sabah mahu menggalakkan para pengilang di Tawau supaya mengambil kesempatan yang ada bagi mendaftarkan pekerja mereka untuk PIKAS MITI dalam usaha mempercepat capaian imuniti berkelompok dalam sektor pembuatan.

"Sehingga kini, Sabah masih berada di kedudukan yang jauh di belakang berbanding negeri lain dari segi peratusan vaksinasi.

"Justeru, FMM berharap dengan inisiatif ini, ia bukan sahaja dapat membantu mempercepat bilangan pekerja yang menerima vaksin tetapi membenarkan industri pembuatan beroperasi dengan 100 peratus tenaga kerja di Tawau," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, program berkenaan dibuat secara sukarela dan majikan yang berdaftar hanya perlu membayar yuran pengurusan RM90 bagi setiap pekerja untuk dua dos vaksin.

Katanya, sebarang maklumat lebih lanjut mengenai pengumpulan data dan PIKAS di Tawau boleh menghubungi FMM Cawangan Sabah di talian 088-447580 atau e-mel [email protected] atau Presiden Dewan Perniagaan Cina Tawau Chia Seong Fatt.
 

  • oleh
  • Advertisement