Anda di sini

Olimpik Tokyo: Atlet menembak nombor satu dunia tarik diri akibat COVID-19

Advertisement
Gambar hiasan Bernama
Gambar hiasan Bernama

LONDON: Atlet menembak wanita nombor satu dunia, Amber Hill dari Britain menarik diri daripada menyertai Olimpik Tokyo selepas disahkan positif COVID-19.

Hill, 23, disahkan positif ketika menjalani ujian saringan sebelum berlepas ke Tokyo, lapor Xinhua.

Atlet itu kini menjalani kuarantin kendiri dan dilaporkan tidak mempunyai gejala.

"Sukar untuk gambarkan perasaan saya ketika ini. Selepas menjalani latihan selama lima tahun, saya terpaksa menarik diri," kata Hill seperti dipetik laman web rasmi Team Britain.

Team Britain mengesahkan tiada atlet yang akan menggantikan Hill.

Awal bulan ini, pemain tenis Britain Johanna Konta dan Dan Evans turut mengumumkan tidak menyertai temasya sukan itu juga akibat dijangkiti COVID-19.- BERNAMA
 

Advertisement