Anda di sini

Kerjasama sekolah bantu pelajar layak terima bantuan

Advertisement
Ling menyampaikan bantuan makanan kepada Lee disaksikan Sia (kanan), Marcus (dua kanan), Hee (tiga kanan) dan wakil penderma.
Ling menyampaikan bantuan makanan kepada Lee disaksikan Sia (kanan), Marcus (dua kanan), Hee (tiga kanan) dan wakil penderma.

MIRI: Kerjasama sekolah membantu penderma menyalurkan bantuan kepada pelajar dan keluarga yang benar-benar layak dibantu. 

Ahli Dewan Negara Senator Alan Ling berkata dari maklumat yang diterima, penderma mengetahui keperluan pelajar dan memastikan bantuan dimanfaatkan sepenuhnya. 

"Guru mengetahui latar belakang pelajar. Inilah sebab kenapa kita berkolaborasi dengan pihak sekolah supaya bantuan disalurkan kepada golongan yang betul," jelasnya. 

Beliau berkata demikian setelah menyampaikan sumbangan makanan kepada SMK Riam menerusi program bantuan makanan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Miri yang dianjurkan sempena sambutan Hari Sarawak.

Ling yang juga Setiausaha DAP Sarawak berkata, selain makanan, beliau menerima banyak permintaan bantuan gajet untuk pelajar.

Ini kerana masih ramai keluarga berpendapatan rendah tidak mampu mendapatkan gajet seperti telefon pintar atau tablet untuk anak-anak mereka menyertai pembelajaran dalam talian. 

"Saya mengambil maklum terhadap banyak permintaan mengenai `smart gadjet' yang diperlukan untuk `online learning'. Oleh itu saya juga berharap kerajaan akan memberi lebih banyak bantuan kepada rakyat," jelasnya. 

Tentang derma kepada SMK Riam, sekolah adalah yang pertama mendapat bantuan dari projek kolaborasi antara DAP dan sekolah di sini.
 
Menurut Ling, sumbangan menunjukkan keprihatinan penduduk Miri terhadap kebajikan golongan memerlukan dalam tempoh sukar sekarang. 

"Jika ada sekolah yang memerlukan bantuan boleh merujuk kepada PIBG dan PIBG akan menghubungi kami," jelasnya. 
Sebanyak 125 bungkus makanan telah diserahkan kepada sekolah diwakili guru yang bertanggungjawab untuk kebajikan pelajar, Lee Pin Lin. 

Makanan ditaja oleh The Cage Grill diwakili Kenny Wong dan Nicholas Wong sementara Fu Kee Chicken Rice, MJ Bakeology, Jenns Cookiehouse yang diwakili Lin Yaw Ting.
 
Pada 24 Julai, sebanyak 100 kek cawan dan nasi ayam disediakan di `food bank' stesen minyak Cop Keat Siang yang terletak di seberang Tamu Muhibbah. 

Penyelaras program Alan Sia berkata, skuad sukarelawan DAP akan terus turun padang untuk mengagihkan bantuan kepada keluarga memerlukan dengan melakukan lawatan  dari rumah ke rumah. 

Program telah dilaksanakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Untuk maklumat lanjut tentang bantuan boleh menghubungi Ketua Pemuda DAP, Peter Hee di talian 016-8520666.

Hadir sama Pengerusi DAP Long Lama, Marcus Hugo.
 

  • oleh
  • Advertisement