Anda di sini

Lelaki diberkas, didakwa rogol gadis berusia 13 tahun

Advertisement
Suspek ditangkap untuk siasatan lanjut.
Suspek ditangkap untuk siasatan lanjut.

KUCHING: Seorang remaja lelaki diberkas selepas disyaki merogol gadis yang cuma dianggap 'kawan' pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata suspek,18, ditangkap di jalan Lapangan Terbang Lama, di sini sekitar jam 8.10 malam.

Menurutnya, suspek dilaporkan merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang baharu dikenalinya pada 15 Mei lalu.

"Bagaimanapun, mangsa hanya menceritakan kejadian tersebut kepada bapanya pada jam 4 pagi semalam (Isnin).

"Dia mendakwa suspek merogolnya semasa berada di sebuah rumah di Batu 6 pada 15 Mei lepas," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Laporan polis terus dibuat oleh bapa mangsa sehingga membawa kepada penangkapan suspek.

Aidil memberitahu, hasil siasatan mendapati suspek yang berasal dari Kota Samarahan tidak mengaku ada merogol mangsa.

"Suspek mendakwa dia baharu mengenali mangsa pada hari kejadian (15 Mei) dan hanya menganggap mangsa sebagai kawan biasa sahaja," katanya.

Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Manakala Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan kesihatan.

Suspek ditangkap untuk siasatan lanjut.

  • oleh
  • Advertisement