Anda di sini

COVID-19: 351 kes baharu, dua kematian di Sarawak

Advertisement
 

KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan sebanyak 351 kes baharu dengan dua kematian akibat jangkitan COVID-19.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, Kuching merekodkan kes harian tertinggi dengan 170 diikuti Serian (74), Samarahan (21), Sibu (14), Saratok (14), Subis (12), Miri (8) dan Pakan (6).

Lain-lain kes dikesan di Beluru (5), Tatau (5), Asajayya (4), Bintulu (3), Lundu (3), Bau (3), Sarikei (2), Mukah (1), Meradong (1), Tebedu (1), Limbang (1), Telang Usan (1), Simunjan (1) dan Dalat (1) menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 71,952 orang.

“Daripada 351 kes hari ini,  239 kes melibatkan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 dan 61 kes adalah individu dalam kluster aktif sedia ada.

“Manakala 20 kes libatkan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan, 28 kes adalah lain-lain saringan di fasiliti kesihatan dan tiga kes merupakan saringan individu yang baru pulang atau datang dari negeri-negeri lain dalam Malaysia (Import B) iaitu Selangor (2) dan Terengganu (1),” katanya dalam kenyataan hari ini.

JPBNS turut memaklumkan  dua  kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini.

Kematian ini, katanya, melibatkan dua orang perempuan masing-masing berumur 80 dan 35 tahun yang dilaporkan meninggal di Hospital Sibu.

“Dengan itu, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Sarawak kini meningkat kepada 449 orang,” katanya.

Sementara itu, terdapat 572 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

“Manakala jumlah kes masih aktif dan dirawat di dalam wad hospital dan di PKRC adalah seramai 4,487 orang,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement