Anda di sini

PEMASSA sampaikan pelitup muka kepada pengamal media

Advertisement
 James (kanan) menerima sumbangan pelitup muka dari Johnny semasa kunjungan kehormat berkenaan
TERIMA: James (kanan) menerima sumbangan pelitup muka dari Johnny semasa kunjungan kehormat berkenaan

SANDAKAN: Usaha Persatuan Media Sandakan Sabah (PEMASSA) membekalkan pelitup muka kepada semua pengamal media di daerah ini yang bertugas mendapat pujian daripada Kapitan Cina Gum-Gum Johnny Yek.

Mesej ini disampaikan oleh Johnny kepada pengerusi PEMASSA merangkap Kapitan Cina Elopura James Leong semasa kunjungan kehormat di pejabat Yek di Batu 8 Jalan Labuk pada hari Sabtu.

Johnny berkata, usaha itu menunjukkan keprihatinan PEMASSA dibawah pimpinan James terhadap keselamatan serta kebajikan pengamal media di Sandakan khususnya ahli-ahli persatuannya

"Saya turut difahamkan bahawa semua ahli PEMASSA mendapat pelindungan insuran 'Personal Accident' bermula tahun ini," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, sumbangan pelitup muka itu adalah sebagai tanda terima kasih kepada golongan media yang sentiasa melaporkan berita-berita sahih.

Dalam pada itu, James turut mengucapkan terima kasih kepada Johnny kerana sudi meluangkan masa untuk menerima kunjungan kehormat dan juga sumbangan pelitup muka yang diberi kepada PEMASSA.

"Selaku Pengerusi PEMASSA, saya sentiasa memberi keutamaan terhadap keselamatan dan kebajikan ahli-ahli persatuan kerana pengamal media terdedah kepada pelbagai risiko dalam tugasan harian mereka," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement