Anda di sini

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan

Advertisement
 Seorang saksi menunjukkan lokasi kemalangan berlaku.
KEMALANGAN: Seorang saksi menunjukkan lokasi kemalangan berlaku.

TAWAU: Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas di jalan Sin On Tiku, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, insiden itu berlaku kira-kira jam 7.10 malam.

“Dalam kejadian itu, mangsa Iqmal Daniel Arman Syah,21, dari arah kampung Kongsi 10 menuju ke Taman Megah Jaya.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa terbabas dan terseret memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah kenderaan yang menggunakan laluan tersebut.

“Pemandu terbabit cuba mengelak sebaik melihat mangsa terbabas, namun dalam jarak yang terlalu dekat mangsa melanggar bahagian depan kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Beliau berkata, pemandu terbabit kemudiannya membawa mangsa ke Unit Kecemasan Hospital Tawau untuk menerima rawatan.

“Namun, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 9.40 malam kerana mengalami kecederaan parah dalam kemalangan tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku disebabkan mangsa hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan bertentangan,” katanya.

Peter berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan termasuk mengesan saksi-saksi bebas dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

  • oleh
  • Advertisement