Anda di sini

225 kes baharu, KK kekal kes tertinggi

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 225 kes baharu COVID-19 hari ini dengan Kota Kinabalu mencatat kes tertinggi sebanyak 70 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam kenyataannya berkata, saringan besar- besaran di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menyumbang kepada jumlah kes baharu  yang agak tinggi.

"Sebagai contoh, 35 daripada kes baharu di Kota Kinabalu adalah hasil saringan yang dibuat di Pulau Gaya," katanya.

Menurutnya, Beaufort merekodkan sebanyak 57 kes, diikuti Tawau 21 kes, Putatan 18 kes, dan Penampang 12 kes.

Katanya, Sandakan dan Lahad Datu masing-masing sembilan kes, Kota Belud tujuh kes, Semporna lima kes, Kinabatangan, Kota Marudu dan Kuala Penyu masing-masing empat kes dan Kudat dua kes.

Beliau berkata, Pitas, Keningau dan Papar masing-masing merekodkan hanya satu kes manakala 11 daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu.

Menurutnya, satu kluster baharu dikesan di Kota Kinabalu iaitu Kluster Agora Borneo.

  • oleh
  • Advertisement