Anda di sini

Pelakon Latino Rachel Zegler sebagai Snow White dalam filem Disney

Advertisement
 Gambar fail menunjukkan logo Walt Disney Studios terpampang di skrin semasa penganjuran CinemaCon Walt Disney Studios Motion Pictures Special di Colosseum Caesars Palace pada 3 April 2019, di Las Vegas, Nevada. Disney baru-baru ini mengumumkan yang pelakon wanita Colombia-Amerika Rachel Zegler akan memainkan watak Snow White dalam filem adaptasi aksi-langsung terkini syarikat itu. — Gambar AFP
SNOW WHITE VERSI DISNEY: Gambar fail menunjukkan logo Walt Disney Studios terpampang di skrin semasa penganjuran CinemaCon Walt Disney Studios Motion Pictures Special di Colosseum Caesars Palace pada 3 April 2019, di Las Vegas, Nevada. Disney baru-baru ini mengumumkan yang pelakon wanita Colombia-Amerika Rachel Zegler akan memainkan watak Snow White dalam filem adaptasi aksi-langsung terkini syarikat itu. — Gambar AFP

PELAKON wanita Colombia-Amerika Rachel Zegler akan memainkan watak Snow White dalam filem adaptasi aksi-langsung terkini Disney, menurut syarikat itu.

Zegler, 20, belum dikenali ramai penonton namun tidak lama lagi bakal menjadi bintang sebagai Maria dalam filem pembuatan semula Steven Spielberg, ‘West Side Story’, ditayangkan pada Disember, setelah mengalahkan 30,000 peserta semasa uji bakat terbuka.

Pengambilan pelakon Latino untuk watak puteri Disney yang secara tradisional dimainkan oleh pelakon berkulit putih dilakukan selepas pengumuman Disney pada 2019 bahawa penyanyi R&B Halle Bailey, berkulit hitam, akan melakonkan watak Ariel dalam ‘The Little Mermaid’.

“Kebo-lehan luar biasa vokal Rachel hanyalah permulaan bakat beliau,” menurut Marc Webb, pengarah filem adaptasi Snow White terbaharu.

“Kekuatan, kebijaksanaan dan optimisma beliau akan menjadi bahagian penting dalam membawa kembali kegirangan dalam kisah dongeng klasik Disney ini.”

Zegler, dari New Jersey, menulis di Instagram “maka... helo kepada mimpi menjadi kenyataan.”

Beberapa jam sebelum pengumuman tersebut dilakukan Zegler menulis tweet tentang sanjungam beliau terhadap watak Bailey dalam ‘The Little Mermaid’, “Saya sayangkan kamu puteri Disney alam sinematik.”

Disney menerima kritikan pada 2018 atas “pemutihan” Puteri Tiana dalam filem kartun ‘Ralph Breaks the Internet’, kemudian melukis semula karektor tersebut dengan kulit lebih gelap beberapa bulan sebelum filem ditayangkan.

Penyanyi Cuba-Amerika Camila Cabello dijangka akan memainkan watak Cinderella dalam filem adaptasi aksi-langsung pada hujung tahun ini, diterbit oleh Columbia Pictures milik Sony dan akan ditayangkan di Amazon’s Prime Video.

Pembikinan filem Snow White Disney dijangkakan bermula tahun depan.

— AFP

Advertisement