Anda di sini

Sembilan kanak-kanak antara 10 maut dalam kemalangan

Advertisement

MIAMI: Sembilan orang kanak-kanak dan seorang dewasa terbunuh dalam satu nahas teruk melibatkan beberapa buah kenderaan di sebatang lebuh raya Alabama ketika ribut kuat melanda tenggara  AS, menurut pihak berkuasa pada Ahad lepas.

Kemalangan pada Sabtu lepas di sebatang lebuh raya antara negeri berhampiran bandar Greenville melibatkan sekurang-kurangnya 15 buah kenderaan dan “kemungkinan” berpunca daripada ‘hydroplaning’ dalam hujan lebat, koroner Butler County, Wayne Garlock memberitahu AFP.

Ribut Claudette menurunkan hujan sehingga 12 inci di wilayah Gulf Coast pada Sabtu lepas. Ia dipertanggungjawabkan bagi sekurang-kurangnya dua kematian lain.

Kematian dalam nahas termasuk seorang ayah dan anak perempuannya berusia sembilan bulan dalam sebuah kenderaan SUV, dan lapan penumpang dalam sebuah van – berusia empat hingga 17 tahun – dari sebuah “ladang untuk wanita” bagi kanak-kanak yang diabaikan dan didera, lapor media tempatan.

“Ini kemungkinan kemalangan yang paling teruk dalam sejarah Butler County," Syerif Danny Bond memberitahu al.com website.

Beliau menyatakan sekurang-kurangnya dua daripada kenderaan yang terlibat adalah beberapa buah trak dengan 18 tayar, dan empat atau lima orang lagi telah mengalami kecederaan yang tidak membahayakan.

Pemandu van tersebut berjaya ditarik keluar hidup-hidup oleh seorang pengguna jalan raya lain, menurut beberapa orang saksi.

Saksi tersebut kemudian cuba untuk membantu kanak-kanak namun telah dihalang oleh api yang marak membakar kenderaan tersebut, kata Garlock.

Pemandu van itu dikenal pasti sebagai Candice Gully, pengarah untuk ladang untuk wanita di Tallapoosa County, seorang pegawai dengan sistem perladangan negeri memberitahu al.com.

Pemandu SUV dikenal pasti sebagai Cody Fox, 29, seorang pekerja pengurusan kecemasan dari Tennessee. Tunang beliau telah tercedera dalam kemalangan itu.

Garlock menyatakan kawasan nahas adalah di sebuah kawasan terkenal bagi ‘hydroplaning’ ketika selekoh Interstate 65 menuruni sebuah bukit yang curam.

Trafik ke utara dan selatan di lebuh raya yang sibuk telah dihentikan selama beberapa jam akibat kemalangan, namun kedua-duanya telah dibuka semula pada Ahad lepas, menurut Agensi Penguatkuasaan Undang-undang Alabama di Twitter.

Tallapoosa County Girls Ranch menyatakan ia telah menyediakan kaunselor bagi kanak-kanak di sana.

“Hati kami sangat pilu hari ini. Ladang kami telah mengalami kehilangan besar… Tolong sampaikan doa kami,” menurut akaun ladang tersebut dalam Twitter.

Van dalam kemalangan merupakan salah satu daripada dua buah yang membawa kanak-kanak kembali setelah satu kegiatan pantai hujung minggu ke Gulf Shores, lapor al.com. Van yang satu lagi tidak mngalami sebarang kerosakan.

Ribut Claudette, yang kemudian berkurangan tahap kekuatannya kepada satu ribut tropika, telah menurunkan hujan lebat di sekitar tenggara AS.

Tuscaloosa News menyatakan dua orang meninggal dunia – seorang lelaki berusia 24 tahun dan anak lelakinya berusia tiga tahun – ketika sebatang pokok menimpa rumah mereka.

Claudette telah diramalkan akan kembali menjadi ribut tropika semalam di timur Carolina Utara, sebelum menjadi lemah semula pada Selasa  ini.

Ribut tersebut telah menenggelami jalan raya, memerangkap pemandu di dalam kereta mereka, dan membanjiri kawasan kediaman di wilayah, dan Pusat Hurikan Negara memberikan amaran bahawa  banjir lebih teruk mungkin akan berlaku. — AFP

Advertisement