Anda di sini

400 dos sehari mampu dicapai di PPV Sook

Advertisement
 Arthur (kiri) ketika mengadakan tinjauan ke PPV Sook
TINJAU: Arthur (kiri) ketika mengadakan tinjauan ke PPV Sook

KENINGAU: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Masyarakat Sook yang mula beroperasi pada 21 Jun 2021 dijangka dapat mencapai kapasiti sehingga 400 dos sehari (dos satu dan dos 2). 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, PPV itu membolehkan lebih ramai masyarakat di Daerah Kecil Sook dan kawasan sekitarnya mendapatkan suntikan.

"Ini akan dapat meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan rakyat khususnya di kawasan pedalaman Sabah dengan lebih cepat.

"Sebanyak lima PPV di kawasan Parlimen Pensiangan sedang beroperasi iaitu di Klinik Kesihatan Nabawan, Dewan Masyarakat Sook, Balai Budaya Salarom Taka, Klinik Kesihatan Pagalungan, dan Klinik Kesihatan Pensiangan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, permohonan kepada Jawatankuasa Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 telah dibuat bagi membuka satu lagi PPV di Daerah Nabawan iaitu di Dewan Masyarakat Nabawan untuk menampung bilangan penduduk yang ramai. 

Katanya, bagi kawasan-kawasan terpencil di pedalaman Sabah yang kurang akses kepada  perhubungan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pejabat Daerah akan mengadakan program outreach secara berkala bagi memastikan penduduk di kawasan berkenaan mendaftar dan mendapatkan vaksin. 

"Kempen kesedaran vaksin juga terus ditingkatkan di kawasan tersebut melibatkan Jabatan Penerangan, KKM, Pejabat Daerah dan MKN bagi memastikan masyarakat faham akan kepentingan vaksin," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement