Anda di sini

‘Kuali Sejoli’ dan ‘Choco Hunter’ program menarik terbaharu Jun ini di TV Okey

Advertisement
 Fizo Omar sebagai tetamu program ini.
MENARIK: Fizo Omar sebagai tetamu program ini.

SEPANJANG bulan Jun ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyediakan pengisian program-program yang bakal menyuntik inspirasi anda semua dan menambah info dalam diri anda tentang bermacam perkara termasuklah kemahiran memasak juga info menarik berkaitan tentang produk koko yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia.

Kedua-dua program terbaharu ini disiarkan RTM menerusi saluran TV Okey yang boleh diikuti menerusi platform Astro Saluran 146 dan MYTV Saluran 110.

Menggabungkan konsep percutian dan masakan bersama-sama selebriti tempatan, saksikan program majalah ‘Kuali Sejoli’ yang telah pun bersiaran episod pertamanya mulai 29 Mei lalu, setiap Sabtu, jam 10.00 malam.

Menampilkan pengacara Qi Razali, program ini mengundang selebriti jemputan dan pasangan termasuklah Wany Hasrita, Didi Astilah, Erwin Dowson, Zulin Aziz, Reen Rahim, Adeline Tsen, Adam Lee, Fizo Omar, Hafidz Roshdi, Farah Hazel, Raja Ilya, Sweet Qismina dan Fikry Ibrahim.

Tidak kurang menariknya program diberi tajuk ‘Choco Hunter’ menemui penonton bermula 22 Jun ini, setiap Selasa, jam 11.00 pagi. Penonton berpeluang mengikuti hos Viviena Alfred mengembara hampir ke seluruh negara untuk mendapatkan maklumat proses penanaman dan pemprosesan koko serta pembuatan coklat.

Luangkan masa menyaksikan dua program ini yang juga boleh diikuti menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile.

Advertisement