Anda di sini

Kematian COVID-19 di Brazil melepasi 500,000

Advertisement
 Kubur mangsa COVID-19 memenuhi tapak perkuburan Nossa Senhora di Manaus, Brazil. — Gambar AFP
BAKAL BERTAMBAH: Kubur mangsa COVID-19 memenuhi tapak perkuburan Nossa Senhora di Manaus, Brazil. — Gambar AFP

RIO DE JANEIRO: Brazil telah melepasi tahap yang membimbangkan dengan 500,000 kematian COVID-19 pada Sabtu lepas, hanya berada di belakang Amerika Syarikat bagi kehilangan nyawa akibat COVID-19.

"500,000 nyawa telah hilang disebabkan oleh pandemik yang menjejaskan Brazil dan dunia,” Menteri Kesihatan Marcelo Queiroga menyatakan dalam ciapan.

Perkembangan terkini dari kementeriannya menyatakan angka sekarang adalah 500,800, dengan 2,301 kematian sepanjang tempoh 24 jam lepas. Beberapa orang pakar menyatakan jumlah kes COVID-19 kerajaan meremehkan angka sebenar akibat krisis kesihatan.

Pada minggu ini anggaran angka kematian harian di Brazil mengatasi 2,000 buat kali pertama pada 10 Mei.

Brazil, dengan populasi seramai 212 juta orang, menjadi negara kedua selepas Amerika Syarikat yang mengatasi 500,000 kematian akibat COVID-19.

Negara gergasi Amerika Selatan ini mengalami gelombang kedua bagi pandemik tahun ini, ketika pada satu peringkat ia berjumlah 4,000 kematian sehari.

Lebih 60 peratus daripada kematian di Brazil telah berlaku sejak permulaan tahun 2021.

Brazil sekarang kelihatan seperti dibelenggu dengan satu gelombang ketiga dalam wabaknya, dengan peningkatan bagi jangkitan dan kematian.

Menurut laporan minggu terkini daripada yayasan penyelidikan perubatan Fiocruz, negara sedang berada dalam satu situasi 'kritikal' dengan satu jumlah tinggi bagi kematian dan kebarangkalian bagi keadaan bertambah buruk dalam masa beberapa minggu akan datang ketika musim sejuk muncul di hemisfera selatan.

Para pakar berasa bimbang mengenai pelaksanaan kempen vaksinasi yang perlahan di negara ini, penyebaran bagi varian virus yang lebih agresif dan tentangan Presiden Jair Bolsonaro terhadap langkah-langkah pencegahan seperti pemakaian pelitup muka dan tindakan kawalan pergerakan.

Queiroga menghantar ciapan bahawa beliau sedang “berusaha sedaya upaya untuk memberikan vaksin kepada semua rakyat Brazil dalam masa sesingkat yang mungkin dan mengubah senario yang menghantui kami selama lebih setahun.” — AFP

Advertisement