Anda di sini

Gol Griezmann selamatkan Perancis

Advertisement
 Aksi perlawanan Euro 2020 Kumpulan F di antara Hungary dan Perancis yang berlangsung di Puskas Arena di Budapest. Perlawanan berakhir seri 1-1. — Gambar AFP
RANCAK: Aksi perlawanan Euro 2020 Kumpulan F di antara Hungary dan Perancis yang berlangsung di Puskas Arena di Budapest. Perlawanan berakhir seri 1-1. — Gambar AFP

BUDAPEST: Antoine Griezmann menjadi penyelamat Perancis ketika seri 1-1 dengan Hungary di sini ketika juara dunia itu terlepas peluang mengesahkan tempat ke pusingan 16 akhir Euro 2020 pada Sabtu.

Hungary mengancam membuka saingan Kumpulan F lebih besar apabila Attila Fiola membuka jaringan pada minit kecederaan separuh masa pertama selepas mengejutkan kealpaan benteng pertahanan Perancis.

Tetapi Griezmann, penjaring terbanyak Euro 2016, mengikat kedudukan pada minit ke-66 ketika Perancis mengelak kekalahan pertama mereka pada perlawanan kompetetif sejak Jun 2019.

“Ia satu mata, ia bukan apa yang kami harapkan tetapi dengan melihat keadaan yang berlaku, kami akan menerima keputusan ini,” kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps.

“Selepas separuh masa pertama di mana kami seharusnya boleh mendahului kedudukan, kami mendapati kami ketinggalan selepas mereka menyempurnakan satu-satu peluang yang mereka ada.

“Sememangnya bermain di hadapan penyokong mereka sendiri, ia memberikan mereka kekuatan tambahan.”

Perancis bagaimanapun melonjak ke tangga teratas kumpulan dengan empat mata, satu mata di hadapan Jerman dan Portugal, selepas menewaskan Portugal 4-2 pada perlawanan lain.

Hungary memperolehi mata pertama mereka selepas tewas kepada Portugal pada perlawanan pembukaan.

“Ini adalah salah satu hari terbaik dalam kehidupan saya, mungkin yang terbaik,” kata Fiola.

“Kami mendapat satu keputusan hebat, saya berasa bangga dengan pasukan dan penyokong yang mewujudkan suasana hebat hari ini. Kami menunjukkan kami boleh bermain dengan lebih berani, lebih menyerang berbanding ketika menentang Portugal, ia adalah hari yang hebat sekali.”

Perancis kekal di Budapest untuk perlawanan terakhir mereka menentang Portugal sementara Hungary bertandang ke Munich untuk menentang Jerman, pada dua perlawanan menjadi penentu dua pasukan teratas dari kumpulan maut ini.

Dengan suhu mencecah lebih 30 darjah Selsius dan kehadiran penuh penonton dalam Puskas Arena dengan 60,000 tempat duduk, satu-satu venue di Euro 2020 yang tidak mempunyai had kapasiti kerana COVID-19, Perancis mengawal hampir sepanjang separuh masa pertama.

Selepas diletakkan sebagai pasukan pilihan juara selepas menewaskan Jerman 1-0 pada perlawanan pertama, Perancis menguasai awal permainan, mencipta beberapa peluang menentang pasukan yang bertahan sehingga 84 minit sebelum tewas 0-3 kepada Portugal pada perlawanan pertama.

Fiola menerima umpanan Adam Nagy dan bergandingan cantik dengan Roland Sallai sebelum merembat menewaskan Lloris.

Perancis berjaya mengikat kedudukan apabila tendangan jauh Loris melepasi Nagy, dengan Mbappe melepasi kawalan Loic Nego sebelum mengumpan bola kepada Griezmann untuk merembat ke pintu gol. — AFP

Advertisement