Anda di sini

Barcelona tambat Depay dengan kontrak dua tahun

Advertisement
DEPAY
DEPAY

SEVILLE: Kelab Barcelona mengumumkan mendapatkan khidmat Memphis Depay, dengan penyerang itu menyertai kelab apabila kontraknya bersama kelab Ligue 1 Perancis Lyon, tamat pada akhir bulan ini.

Barca sudah bersetuju dengan kontrak dua tahun bersama Depay, yang menjadi pemain ketiga kelab yang tiba tanpa yuran perpindahan pada musim panas ini selepas Sergio Aguero dan Eric Garcia.

Mereka juga telah  membayar sembilan juta euro untuk mengaktifkan klausa pelepasan kontrak untuk memanggil semula Emerson dari Real Betis.

Depay sudah lama menjadi buruan utama untuk jurulatih Barca, Ronald Koeman, yang pernah membimbing pemain ketika beliau menjadi jurulatih  kebangsaan Belanda.

Koeman turut hadir menonton perlawanan di Amsterdam Khamis lalu untuk melihat Depay menjaringkan gol penalti  ketika Belanda menewaskan Austria 2-0 pada aksi Euro 2020.

Pemain berusia 27 tahun itu pernah hampir melengkapkan perpindahan bernilai 25 juta euro ke Barca tahun lepas sementara yuran perpindahan dengan harga lebih rendah pada bulan Januari  juga gagal dimuktamadkan dengan kelab membuat keputusan menunggu sehingga  kontrak semasa beliau berakhir untuk mendapatkan khidmatnya.

“FC Barcelona dan Memphis Depay sudah mencapai satu persetujuan untuk menyertai kelab, sebaik sahaja kontraknya bersama Olympique de Lyon tamat.

“Pemain akan menandatangani satu kontrak bersama Barcelona sehingga akhir musim 2022/2023,” kata kenyataan kelab.

Beliau dijangka bersaing dengan Sergio Aguero untuk posisi penyerang tengah ketika Koeman melihat untuk lebih cabaran lasak di jentera serangan. — AFP

Advertisement