Anda di sini

Polis Kontinjen Sabah terima sumbangan pelitup muka, cecair pembasmi tangan

Advertisement
 Hazani menerima sumbangan pelitup muka serta cecair pembasmi kuman di IPK Sabah di sini.
SUMBANGAN: Hazani menerima sumbangan pelitup muka serta cecair pembasmi kuman di IPK Sabah di sini.


KOTA KINABALU: Polis Kontinjen Sabah menerima sumbangan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman di sini dengan diwakili Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali.

Sumbangan 1000 kotak pelitup muka dan 457 botol cecair pembasmi kuman itu disumbangkan oleh Common Technologies Sdn Bhd di Lobi A Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah kira-kita jam 9 pagi.

Pengerusi Common Technologies Sdn Bhd Ghazali Ansing berkata sumbangan itu sebagai menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan sepanjang penugasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Tambahnya pihaknya mengharapkan agar sumbangan ini mampu membantu melancarkan penugasan pegawai serta anggota polis Kontinjen Sabah di lapangan.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Datuk Baror @ Bahar Sawi dan Ketua Pegawai Eksekutif Mikail Sungiau Abdullah, Asisten Superintendan (ASP) Sapbirina Yusop, ASP Kebajikan IPK Sabah, ASP Ricky Juantin, Inspektor Pius Bantang, Inspektor Hal Ehwal Awam serta Pesara Polis, SI Eric Roger dan Sarjan John Anselmus.

  • oleh
  • Advertisement