Anda di sini

Jumlah kes COVID-19 di beberapa negara

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Berikut adalah maklumat terkini mengenai COVID-19 di Malaysia dan beberapa negara dunia setakat 10 pagi hari ini.    

Data John Hopkins Coronavirus Resource Center menunjukkan terdapat 176,191,385  kes COVID-19 termasuk 3,808,775 kematian.

Sejumlah 2,370,570,948 dos vaksin telah diberikan di seluruh dunia setakat ini. 

Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil kekal negara teratas dengan jumlah kes positif dan kematian tertinggi. Namun, di negara yang mempunyai kadar vaksinasi lebih tinggi termasuk AS dan United Kingdom (UK) serta beberapa negara lain telah menunjukkan penurunan dalam kes baharu.

Jumlah vaksinasi di Malaysia mencecah 4,688,233 dos pada Isnin, dengan 197,963 dos diberikan pada hari yang sama. Sebanyak 3,275,194 rakyat Malaysia telah menerima dos vaksin pertama dengan 1,413,039 menerima dos kedua. 

Jadual di bawah menunjukkan status beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia setakat 6 Jun ketika wabak masih menular dan proses vaksinasi sedang rancak dilaksanakan.   

 

Jumlah itu berdasarkan data WHO, negara ASEAN, Our World in Data dan John Hopkins Coronavirus Resource Center. - BERNAMA

Advertisement