Anda di sini

12 orang daripada pasukan Venezuela positif COVID-19

Advertisement
 Jurulatih Venezuela, Jose Peseiro berada di Stadium Mane Garrincha di Brasillia untuk aksi Copa Amerika 2021. — Gambar AFP
RESAH: Jurulatih Venezuela, Jose Peseiro berada di Stadium Mane Garrincha di Brasillia untuk aksi Copa Amerika 2021. — Gambar AFP

BRASLIA: 12 orang daripada pasukan bola sepak kebangsaan Venezuela, termasuk pemain dan staf, telah didapati positif COVID-19, menurut pihak berkuasa kelmarin, hanya sehari sebelum mereka melangsungkan perlawanan perasmian Copa Amerika menentang pasukan hos Brazil.

Menambah berita buruk untuk kejohanan itu, jabatan kesihatan Brasilia, yang telah dikecam kerana menganjurkan perlawanan semalam, menyatakan mereka telah diberitahu  tentang keputusan positif itu oleh penganjur pertandingan pada malam Jumaat, sejurus selepas kumpulan Venezuela tiba.

“Jabatan kesihatan telah diberitahu oleh CONMEBOL (persatuan bola sepak Amerika Selatan) bahawa 12 ahli pasukan mereka telah dikecualikan daripada pasukan kebangsaan Venezuela, termasuk pemain dan staf jurulatih, disahkan positif COVID-19,” kata jabatan kesihatan dalam sebuah kenyataan.

“Kesemua mereka tidak mempunyai simptom dan telah diasingkan secara bersendirian dalam bilik hotel. Mereka sedang dipantau oleh kumpulan CONMEBOL.”

CONMEBOL memberi keterangan pada Jumaat bahawa mereka akan membenarkan pertukaran pemain tanpa had bagi pemain yang dikecualikan oleh sebab positif COVID-19 mahupun kontak rapat pesakit yang dijangkiti, bermakna kes tersebut tidak akan mengakibatkan pembatalan sebarang perlawanan.

Namun penularan itu menambah kebingungan kepada penganjur yang telah berhadapan dengan penaja  yang menarik diri diikuti kritikan atas keputusan untuk meneruskan kejohanan itu sungguhpun pandemik.

Jabatan kesihatan tidak menyatakan berapa pemain yang disahkan positif.

Sudah dilanda dengan varian tempatan virus tersebut, varian “Gamma”, Brazil kini bimbang dengan kemunculan varian “Delta” yang berasal daripada India.

Mereka telah melaporkan beberapa kes import, namun jangkitan tempatan juga belum dapat disahkan setakat ini.

Venezuela dijadualkan untuk menentang Brazil semalam di stadium Brazil Mane Garrincha untuk merasmikan Copa Amerika. — AFP

Advertisement