Anda di sini

UPKO akan cadangkan darurat tidak perlu dilanjutkan

Advertisement
EWON
EWON

KOTA KINABALU: UPKO akan mencadangkan beberapa perkara termasuk tidak menyambung darurat bagi membuka semula Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN), percepatkan proses vaksinasi dan permudahkan bantuan rakyat untuk dibawa menghadap Agong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick berkata, cadangan itu dikemukakannya kepada Presiden UPKO Datuk Wilfred Madius Tangau yang dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Isnin ini.

Ewon yang juga Naib Presiden UPKO berkata, darurat mesti ditamatkan pada pada tarikh akhir pelaksanaan Ordinan Darurat Ogos ini kerana pelaksanaan darurat untuk memberi tumpuan khas menangani pandemik COVID-19 di negara ini ternyata gagal.

“Saya berpendapat, perundangan sedia ada sudah cukup untuk menangani COVID-19 seperti yang dilaksanakan kerajaan tahun lalu.

“Jawatankuasa Parlimen dan DUN boleh ditubuhkan sebagai 'kabinet bersama' untuk menangani COVID-19 dan semua Wakil Rakyat perlu dilibatkan dalam proses semak dan imbang.

“Malaysia satu-satunya negara yang menutup Parlimen dan DUN untuk mengurus COVID. Bagaimanapun strategi ini ternyata gagal dan menjadi bahan jenaka negara lain,” ,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ewon berkata, semua wakil rakyat sama ada daripada kerajaan atau pembangkang harus diberi peranan sama rata membantu rakyat di kawasan masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dari segi proses vaksinasi, beliau mencadangkan agar ia dipercepatkan bagi membolehkan lebih ramai rakyat negeri ini menerima suntikan vaksin.

Bagi mencapai matlamat itu, beliau mencadangkan agar pusat pemberian vaksin di bandar dan pekan diperbanyakkan. Wujudkan program outreach di luar bandar di mana petugas kesihatan masuk kampung yang jauh dari pusat bandar dan memberi vaksin di kampung berkenaan.

Dari segi bantuan rakyat, Ewon mencadangkan kepada kerajaan supaya melaksanakan moratorium secara automatik kepada syarikat dan individu.

Katanya moratorium itu seharusnya dilaksanakan tanpa syarat dan secara menyeluruh.

Dari segi pemberian laptop kepada para pelajar, Ewon mahu kerajaan memberikan laptop kepada para pelajar sekolah yang layak.

Selain itu katanya, kerajaan juga harus mempercepatkan pembinaan menara telekomunikasi di kawasan luar bandar kerana banyak kampung terpencil tidak mendapat liputan internet.
 

  • oleh
  • Advertisement