Anda di sini

Pesakit positif COVID-19 larikan diri ditemui semula

Advertisement
ACP AHSMON BAJAH

KUCHING: Seorang lelaki yang merupakan pesakit positif COVID-19 yang dilaporkan melarikan diri dari wad Hospital Umum Sarawak (HUS) berjaya dikesan dan ditangkap semula di tepi Jalan Patinggi Ali, Satok hari ini. 

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah yang mengesahkan kejadian itu berkata, lelaki, 28, terbabit dilaporkan melarikan diri dari HUS sekitar jam 9.30 pagi. 

"Sejurus menerima makluman daripada petugas HUS, Ketua Polis Daerah Kuching telah menubuhkan Pasukan Khas diketuai Pegawai Risikan Operasi JSJ ASP Baharuddin Sabang dan dibantu oleh balai-balai polis.

Pesakit positif COVID-19 yang dilaporkan melarikan diri dari wad Hospital Umum Sarawak ditemukan semula di tepi Jalan Patinggi Ali, Satok.
Pesakit positif COVID-19 yang dilaporkan melarikan diri dari wad Hospital Umum Sarawak ditemukan semula di tepi Jalan Patinggi Ali, Satok.

"Pada jam 1.55 tengah hari, berdasarkan kepada maklumat, pesakit terbabit telah berjaya dikesan dan ditangkap oleh pasukan khas bersama pasukan dari Balai Polis Bintawa di tepi Jalan Patinggi Ali, Satok," katanya menerusi WhatsApp hari ini. 

Jelas Ahsmon, dipercayai akibat tertekan menjadi punca pesakit terbabit melarikan diri dari HUS. 

"Kejayaan ini juga hasil kerjasama erat dengan pihak HUS," ujarnya lagi.

Tambahnya, lelaki terbabit diserah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk urusan selanjutnya.

Terdahulu, polis menerima panggilan dari jururawat lelaki yang bertugas di wad tingkat 6 HUS yang memaklumkan seorang pesakit COVID-19 telah tiada di katil pesakit pada jam 8.15 pagi.

Jururawat tersebut telah menghubungi pesakit berkenaan namun panggilan tidak dijawab.

Berikutan itu, Op Kesan Khas dilancarkan IPD Kuching dan berjaya menemukan semula pesakit terbabit. 

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. 

  • oleh
  • Advertisement