Anda di sini

Nanoken Universe sedia platform belia serlah kreativiti dan bakat

Advertisement
Hafizul berkongsi tentang Nanoken Universe secara dalam talian.

MIRI: Nanoken Universe menyediakan landasan kepada belia tempatan menyerlahkan kreativiti dan bakat dalam dunia fantasi.

"Belia kita perlu ada platform untuk berkarya, mengangkat mereka supaya dapat pergi jauh. Nanoken Universe adalah seperti batu loncatan mereka untuk ke peringkat seterusnya," jelas Hafizul Mohd Razali, pencetus idea asal buku siri fantasi pentalogi Nanoken dan adi wira dari nusantara.

Buku sains fiksyen itu turut menyelitkan kisah-kisah sejarah dan mistik yang berlaku di nusantara dalam tempoh 500 tahun bermula tahun 1511 hingga 2059. 

Beliau menambah, buku itu menonjolkan seorang adi wira dari nusantara yang dilahirkan di Sarawak. 

"Kita belum ada hero motif elemen nusantara. Impian saya ialah untuk menghasilkan satu watak yang ciri-ciri elemen nusantara yang walaupun pengisian hero ada elemen tempatan, tetapi cerita boleh diangkat ke peringkat antarabangsa setanding dengan superhero (adi wira) sekarang," jelasnya. 

Dari penghasilan buku itu, beliau cuba mendekati belia-belia kreatif tempatan dengan mengajak mereka menyertai pertandingan berkaitan Nanoken Universe. 

Antaranya pelukis komik, ilustrasi, artis solekan, jurugambar serta peminat buku sains fiksyen. 

"Dalam Nanoken Universe, kita keluarkan bakat tempatan, yang ada bakat tersendiri, ketengah ke depan, kita ambik bakat tempatan yang diiktiraf.

"Nanoken Universe menyediakan ekosistem untuk mereka berkarya dari pertandingan-pertandingan yang dianjurkan," jelasnya lanjut. 

Tentang buku, ia diterbitkan bersama penulis novel berpengalaman Fizziany Ahmad. 

Idea menghasilkan buku itu bermula 10 tahun lalu dengan membuat kajian sejarah watak-watak adi wira popular di komik dan filem. 

Watak adi wira dalam buku ini dicipta menggunakan motif Sarawak yang turut melibatkan kajian bidang biomimetik, teknologi hijau dan temu bual dengan penduduk tempatan. 

Hafizul berterima kasih kepada Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting dan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) atas sokongan menjayakan aktiviti Nanoken. 

  • oleh
  • Advertisement