Anda di sini

Fadillah positif COVID-19, dikuarantin di rumah

Advertisement
 

KUCHING: Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof (gambar), disahkan positif COVID-19 selepas menerima keputusan ujian saringan awal malam Khamis (10 Jun 2021).

Perkara berkenaan disahkan Kementerian Kerja Raya menerusi satu kenyataan, hari ini yang turut menyatakan beliau menjalani ujian saringan COVID-19 pada jam 10.15 pagi semalam (10 Jun) yang merupakan rutin yang dibuat pejabat Menteri Kerja Raya dari masa ke semasa.

"Sebelum ini beliau sentiasa menjalani ujian saringan dari semasa ke semasa dan keputusan adalah negatif termasuk yang terkini iaitu pada 3 Jun 2021.

"Datuk Seri Fadillah kini berada dalam keadaan stabil dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul," menurut kenyataan.

Fadillah akan menjalani kuarantin di rumah disebabkan tiada sebarang gejala seperti nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kementerian berkata, sepanjang tempoh kuarantin, Fadillah akan terus memantau dan memastikan urusan kementerian berjalan dengan lancar.

  • oleh
  • Advertisement