Anda di sini

Ahli politik terlibat kes gangguan seksual bakal berdepan dua pertuduhan baharu

Advertisement
 Hazani merakamkan gambar kenangan bersama pegawainya di IPD Kota Belud.
KENANGAN: Hazani merakamkan gambar kenangan bersama pegawainya di IPD Kota Belud.


KOTA BELUD: Bekas pemimpin Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR) yang dituduh di Mahkamah Majistret di sini kelmarin kini bakal berdepan tambahan dua lagi pertuduhan baharu selepas ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata dua lagi kertas siasatan polis yang dilakukan terhadapnya masing-masing membabitkan Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Jangkitan No 2) 2021.

“Siasatan sudah diselesaikan dan kertas siasatan yang lengkap sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

"Kemungkinan pendakwaan itu akan dilakukan atau tidak, itu terpulang kepada mereka (pejabat Peguam Negara),” katanya ketika ditemui di IPD Kota Belud di sini.

Ahli politik berumur 52 tahun sebelum ini berdepan lima pertuduhan mencabul kehormatan ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, di sini.

Beliau berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan selepas didakwa mencabul dua wanita berasingan termasuk Unduk Ngadau.

  • oleh
  • Advertisement